3 alasan malas bersihkan rumah

kalau-dah-malas

ya betul, itu. kalau dah main dengan malas, memang tak boleh nak kata apa dah. sebab ini lah penyakit yang paling nak kena elak. semua orang ada sifat yang satu ini. kalau bukan kita sendiri kena jadi rajin, mana ada orang lain boleh nak paksa.

semuanya kena bermula dari dalam diri. kalau memang takde kesedaran, sampai bila-bila pun akan dibelenggu dengan sifat malas. kali ini saya kongsikan 3 sebab kenapa orang kita malas betul nak bersihkan rumah mereka sendiri.

jangan malas bersihkan rumah

Merasakan rumah sudah bersih

kita rasa rumah kita itu sebenarnya memang dah bersih sebab itu tak perlu nak bersusah payah buat kerja lagi. salah bila beranggapan macam ini. rumah walaupun kita tak kotorkan, tapi ianya tetap kena sentiasa dibersihkan. dia ada banyak sebab.

salah satunya, rumah ini mesti akan berhabuk. walaupun rumah kosong tiada penghuni sekalipun, tapi habuk mesti akan hinggap dalam setiap penjuru terutama dekat perabot dan permaidani. bila dibiarkan boleh datangkan penyakit.

rumah yang cantik idaman semua orang

Menggunakan alasan penat untuk melepaskan diri

alasan penat selalu digunakan untuk melepaskan diri daripada buat kerja-kerja membersihkan rumah. walaupun rata-rata zaman sekarang ini ramai suami isteri yang sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga, tapi rumah tetap kena dibersihkan.

kalau diikutkan kita punya penat, semua benda pun kita taknak buat. sebenarnya penat ini cuma gangguan emosi saja. kita sendiri yang merasakan penat, sebab itu kita rasa berat nak buat. bila kita fikirkan dah memang tanggungjawab, walaupun penat tak terasa.

pastikan sentiasa kemas dan rapi

Sentiasa sibuk dan tidak punya masa

tiada masa mahu buat disebabkan sibuk dengan pekerjaan harian. ini salah satu alasan yang tak boleh diterima. semua orang diberi waktu yang sama 24 jam setiap hari. tiada yang lebih dan tiada kurang. alasan tiada masa ini selalu diguna untuk melepaskan diri.

kena pandai uruskan masa walau sesibuk macam mana pun tapi rumah tetap tak diabaikan. waktu ini lah pentingnya toleransi dan sifat tolak ansur antara pasangan. kena sentiasa ambil tanggungjawab tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.

bergantung kesedaran diri sendiri

Rumah bersih, keluarga sihat

semoga dengan perkongsian saya kali ini dapat buatkan saya sendiri dan semua yang baca sedar tentang pentingnya menjaga kebersihan rumah setiap masa. rumah yang bersih menjadi cerminan kepada mereka yang tinggal didalam nya.

sekiranya rumah kita sentiasa bersih, hati kita juga akan sentiasa jadi tenang. bila keadaan rumah kotor dan berhabuk, sudah tentu boleh menjadi penyebab kepada pelbagai masalah. saya kongsikan di artikel yang selanjutnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge