3 amalan buatkan hati jadi lebih tenang

percaya-pada-qada-dan-qadar

Benda ini terlampau subjektif nak cakap. Sebab setiap orang lain cara dia nak dapatkan ketenangan hati ini. Tipu lah kalau kata takde manusia dalam dunia ini yang tak nak tenang. Ada orang duit berlambak banyak tapi diri dia sentiasa dihantui dengan banyak masalah dan mungkin juga hutang keliling pinggang.

Itu belum termasuk lagi ancaman daripada entah mana-mana disebabkan duit dia yang banyak itu senang menarik perhatian orang yang tengah terdesak untuk buat perkara yang tak baik kat dia.

Ada orang yang duit tak banyak pun hidup dia tak tenang juga disebabkan sikap malas dia sendiri yang susah nak berusaha untuk ubah kehidupan dan selalu mengharapkan bantuan orang lain. Nak cerita pasal minta tolong ni, sekali dua kali mungkin kawan-kawan saudara mara boleh tolong lah kot.

Tapi setiap hujung bulan kau asyik cari dorang je nak minta bantuan, dorang pula yang jadi tak tenang tengok muka kau itu. Haha. Ini memang realiti. Kalau tak percaya pergilah tanya.

Aku sendiri pun tak terkecuali. Ada masa akan ada waktu-waktu yang hati ini rasa tak tenteram sangat. Gelisah macam ada yang tak kena. Pernah ada orang bagitau tentang petua untuk nak dapatkan ketenangan diri ini.

Alhamdulillah setakat ini aku amalkan berkesan kat diri aku. Nak dapatkan level 100% tenang ini sememangnya susah nak tulis atau nak luah dengan kata-kata. Diri sendiri kau je yang boleh rasa aura ketenangan meresap masuk dalam hati.

Sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Ilahi

Salah satu yang aku amalkan ialah bersyukur dengan setiap rezeki atau pemberian yang Allah SWT bagi. Kehidupan manusia yang serba kekurangan ini tak pernah lari dengan perasaan tak cukup. Kau nak banyak ini tapi kau dapat banyak ini kau kata tak cukup.

Kau nak dapatkan benda itu tapi bila kau dah usaha sungguh-sungguh dan kau tak dapat kau merungut tak tentu hala. Lepas itu kau salahkan takdir dan rasa rezeki orang lain lebih baik sedangkan kau sebenarnya tak layak pun nak pertikaikan apa yang orang lain dapat.

Kau sendiri tak pernah nak hargai segala nikmat yang Tuhan dah berikan dekat kau. Kau boleh bangun pagi dalam keadaan sihat, itu dah satu rahmat. Berapa ramai orang dalam dunia ini setiap hari bila dia bangun pagi je terus jatuh sakit padahal langsung tak ada tanda-tanda nak sakit pun sebelum ini.

Hari sebelum tu sihat walafiat macam biasa je. Kau nak ke bangun pagi terus jatuh sakit ataupun yang paling minta elak tidur tak bangun-bangun. Masuk terus ke dalam alam barzakh padahal tak sempat lagi nak bertaubat dan minta ampun semua dosa-dosa. Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. Jangan selalu duk pandang benda yang kita tak dapat je.

Bersangka baik pada setiap perkara yang terjadi dalam hidup

Satu lagi yang aku nak kongsikan ialah, cara untuk nak dapatkan ketenangan diri ni dengan selalu berangka baik setiap qada dan qadar yang dah ditetapkan dalam hidup kita. Percaya atau tidak segala aturan yang terjadi diatas muka bumi dalam hidup kita setiap hari ini sudah Allah aturkan sebaik-baiknya. Inilah yang dinamakan takdir.

Semua kejadian, apa sahaja yang berlaku sebenarnya terjadi atas perencanaan Yang Maha Esa. Jadi jangan takut untuk nak berhadapan dengan apa sahaja ujian dan dugaan yang datang menimpa dalam hidup.

Berbaik sangka pada Allah dengan mengatakan bahawa pasti ada perkara yang baik yang telah ditetapkan untuk diri aku. Andai kata sedang bersedih hati, istighfar dan minta ampun banyak-banyak sebab kita manusia tak pernah lari daripada buat silap sama ada kita perasan ataupun tak perasan.

Anggap sahaja apa yang berlaku itu sudah ketetapan. Bila kita redha dengan sesuatu kejadian yang berlaku itu, maka dekat situ kita akan jadi seorang hamba yang baik budi pekerti dan tinggi akhlak terpuji. Ini salah satu yang aku sentiasa praktikkan dalam kehidupan setiap hari. Nampak je apa benda yang jadi depan mata, aku akan usaha berangka baik.

Letakkan sepenuh kebergantungan bulat-bulat pada-Nya

Ini yang paling penting yang kau kena amalkan. Nak dapatkan ketenangan diri, kau kena berserah diri bulat-bulat dekat Allah SWT. Jangan ada timbul sedikit keraguan pun dalam hati kau dengan apa yang kau dah usahakan.

Kau tanamkan kepercayaan dalam diri yang tinggi dan kau minta supaya Allah SWT terima setiap amalan yang kau dah lakukan dan yang kau dah buat. Kau kena serahkan jiwa dan raga kau sepenuhnya. Bila kau solat, solat dengan penuh khusyuk. Kau bayangkan yang kau sedang berhadapan dengan Pencipta sekalian alam. Pakaian kau harus bersih dan wangi.

Kau harus solat awal waktu dan berjemaah di surau ataupun masjid yang terdekat. Kau amalkan solat-solat sunat setiap hari tanpa ada rasa jemu. Kau baca helaian demi helaian Al-Quran serta terjemahannya supaya kau boleh terus praktikkan apa sahaja pelajaran yang sudah kau faham dalam kehidupan kau terus.

Sentiasa berada dalam wudhuk kerana apabila kita menjaga wudhuk sepanjang masa bermakna kita akan sentiasa peka dengan kebersihan diri sendiri. Secara tak langsung kita juga akan turut peka dengan kebersihan sekeliling dan sentiasa mahu berada dalam persekitaran yang selesa. Nampak sampah je terus kutip tak cakap banyak sebab kita automatik akan jadi seorang yang bersih dan suka akan kebersihan.

Ketenangan abadi dunia akhirat

Percayalah. Andai kata kau boleh buat yang aku bagitau ini, aku tak jamin tapi aku yakin dengan izin Allah, kehidupan kau lepas ini akan jadi lebih tenang dan tenteram. Kau dah tak takut dengan apa sahaja yang akan jadi ancaman dekat kau sebab kau tahu Allah ada bersama-sama dengan kau selalu.

Kau berserah diri bulat-bulat, minta Allah jaga kau dan lindungi diri kau daripada segala malapetaka dan bencana yang datang entah dari mana kau pun tak tahu. Kau yakin apa sahaja yang berlaku itu adalah ketentuan dan takde siapa boleh halang. Kau sentiasa akan rasa diri kau selamat dan terlindung sebab kau sentiasa solat awal waktu dan berzikir selalu.

Kau pula akan jadi seorang yang rajin dan tak mengeluh dalam melakukan pekerjaan sebab kau tahu syarat untuk nak dapatkan sesuatu itu kena usaha. Dia tak datang dengan sendiri macam tu je. Kau akan sentiasa perbaiki diri, kau jaga dengan siapa kau nak berkawan.

Dan kau akan selalu pandang sesuatu perkara itu untuk jangka masa panjang. Sama ada kau nak kesenangan yang jangka pendek dan cepat tapi dengan murka Allah ataupun kejayaan yang lebih hebat bukan setakat di dunia malahan di akhirat kelak. Kau sendiri yang tentukan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge