3 cara hapuskan habuk dalam rumah

habuk-terbang-melalui-udara

Masalah habuk dalam rumah ini kalau tak dibendung memang makin menjadi-jadi. Kat mana-mana pun nanti boleh nampak habuk ini melekat. Kadang kat perabot ataupun karpet rumah,

Kali ini aku kongsikan cara-cara yang mudah macam mana nak bersihkan habuk ini daripada terus bermaharajalela dalam rumah. Cuma ikut langkah simple ini je.

Lakukan proses pembersihan secara sistematik

Pertama sekali korang kena buat proses pembersihan ini secara teratur, tak boleh main hentam kromo je. Bila pakai buat je, mesti ada bahagian yang korang tak perasan nak bersihkan.

Korang kena tenang masa kemas rumah. Boleh hidupkan lagu-lagu yang romantik atau muzik jazz masa tengah buat kerja. Lagi elok hidupkan ayat suci Al-Quran. Tentu-tentu dapat pahala kan.

Kibas dan bilas kain di bahagian luar rumah

Kedua bila kain yang korang dah gunakan itu kotor ataupun penuh dengan habuk, korang kena kibas kan ataupun bilas kain itu semua dekat bahagian luar rumah.

Ini supaya habuk-habuk yang korang dah lap tadi takdelah semuanya masuk dalam rumah balik. Kalau tak buat penat korang je lah. Dah nak kena ulang balik kemas daripada awal.

Vakum dan mop lantai untuk langkah terakhir

Yang ketiga pastikan bahagian lantai itu proses pembersihan yang paling last sekali. Korang boleh gunakan vakum untuk sedut semua kekotoran dan habuk yang jatuh daripada atas.

Lepas dah siap semua vakum, barulah korang mop lantai itu supaya bertambah bersih, rumah lebih wangi dan bebas daripada bakteria yang kita tak nampak.

Masalah habuk masalah serius

Ini 3 langkah mudah yang korang boleh ikut supaya rumah korang bebas daripada masalah habuk ini. Ingat, masalah habuk ini bukan satu perkara yang main-main tau.

Ada orang sanggup berbelanja lebih untuk pastikan keluarga mereka terhindar daripada masalah habuk yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka. Sentiasa jaga diri dan berhati-hati selalu ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge