3 cara kawal isteri yang sedang marah

jangan-sakiti

Isteri, kalau dia dah mula marah, memang merah padam habis muka dia. Kita yang lelaki ini pun terus jadi takut nak bawa berbincang. Cakaplah macam mana sekalipun, masa ini biasanya isteri memang susah nak terima. Hati dia tengah menggelegak. Telinga berdesing.

Kali ini aku kongsikan 3 perkara yang suami harus buat untuk pastikan pertengkaran itu tak bertambah teruk. Ini daripada pengalaman aku sendiri dan aku kongsikan supaya mana-mana suami teruatama yang baru kahwin tak cepat melatah bila berdepan dengan situasi tak dijangka ini.

hati wanita mudah tersentuh

Diam jangan berkata apa-apa

Pertama, apa yang seorang suami kena buat ialah berdiam daripada terus bercakap. Benda ini memang susah nak buat. Biasanya kita lelaki akan berusaha untuk nak lawan balik setiap apa yang isteri kita tengah cakap. Mungkin disebabkan kita ada alasan kukuh yang mahu diberitahu.

Percayalah, kalau kata isteri tengah marah, apa sahaja perkara yang kita cakap walaupun benar biasanya mereka takkan kisah. Dan mereka takkan hiraukan langsung. Waktu ini bukan masa yang sesuai untuk bertikam lidah. Jangan cakap apa-apa, takut kita sendiri tak boleh kawal perasaan pula.

perasaan mereka sukar dijangka

Meminta maaf dengan baik

Kedua minta maaf banyak-banyak kepada isteri kerana telah menyebabkan pertelingkahan itu terjadi. Ingat, walau macam mana pun situasi yang baik atau tidak baik berlaku dalam perhubungan, suami mesti ambil tanggung jawab dan jangan lepaskan diri.

Kena tanam dalam diri apa sahaja yang berlaku semuanya berpunca daripada aku, dan aku mesti selesaikan perkara ini. Melarikan diri daripada masalah bukan perkara yang baik dan mungkin menambah susahkan lagi keadaan. Tenangkan diri dan cuba berfikiran waras sebelum melakukan apa-apa.

marah tanda sayang

Pujuk dengan penuh hormat

Ketiga dan paling penting, bila mana kemarahan isteri dah mulai reda, pujuklah isteri dengan perkataan yang lemah lembut dan sopan. Jangan sesekali cuba meninggikan suara apatah lagi memaki hamun dan mencarut. Kita dalam agama memang tak diajar biadap terhadap wanita.

Andai kata isteri mula menunjukkan respon yang baik, cuba bawa isteri duduk. Berikan segelas air untuk mereka minum. Kemudian beritahu mereka, bahawasanya anda menyesal denga perkara yang telah berlaku. Berjanji tidak mahu mengulanginya lagi.

jangan terhasut mainan syaitan

Banyakkan bersabar

Insha Allah, sekiranya kita sebagai suami bertenang dan tidak tergopoh gapah mahu menyelesaikan masalah yang berlaku, tentu kejadian yang kita tak ingini boleh dielak. Perempuan ini, walau kenal macam mana pun dengan perangai mereka, tetap ada masa kita lelaki tak boleh nak jangka.

Tetapi bila mana kemarahan mereka telah reda dan boleh berfikir kembali dengan baik, pasti mereka sendiri yang akan mengakui kesilapan dan meminta maaf kepada kita serta menyesal kerana terlampau mengikut perasaan. Seorang suami jangan terikut-ikut dengan perasaan diri.

Itu semua mainan syaitan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge