3 cara kurangkan habuk dalam rumah

rumah-sentiasa-bersih

Masalah rumah berhabuk ini memang tak boleh nak elak. Macam aku sendiri yang tinggal kat bandar daripada kecil lagi, memang dah selalu dan mudah sangat terdedah dengan habuk.

Sama ada habuk yang kita memang terang-terang nampak, ataupun habuk yang berterbangan kat udara yang susah nak nampak. Semua ini boleh mengganggu kesihatan kita.

Nak bagi takde langsung itu memang tak logik akal sebenarnya. Cuma kita boleh usaha untuk kurangkan masalah habuk ini daripada terus menghantui hidup kita.

Kurangkan perabot yang tak perlu

Pertama kita kena pastikan rumah kita ini tak dipenuhi dengan perabot yang tak perlu sebab kebiasaannya habuk ini memang mudah berkumpul dekat barangan yang ada dalam rumah kita.

Rumah kita itu kalau boleh kurangkan perabot lagi bagus. Barulah rumah kelihatan lebih kemas dan lebih mudah bila kita nak bersihkan nanti. Kalau tak mesti ada kawasan yang terlepas pandang nak bersihkan.

Letakkan alas kaki di dalam dan diluar rumah

Kedua kita boleh letakkan alas kaki di luar rumah dan juga di dalam rumah. Alas kaki ini memang membantu untuk perangkap dan kurangkan habuk masuk ke dalam rumah.

Cuma kita kena sentiasa pastikan alas kaki ini sentiasa bersih. Boleh ambil masa 2 atau 3 hari sekali untuk cuci alas kaki ini supaya tak terlalu banyak habuk yang berkumpul.

Pastikan sarung sofa boleh dibuka

Ketiga kalau kita beli sofa, lebih-lebih lagi yang jenis fabrik, pastikan sarung sofa itu ada zip yang kita boleh buka dan cuci di kemudian hari. Ini sangat penting sebab habuk mudah berkumpul dekat sofa.

Bila sarung sofa itu mudah dibuka, ada masa lapang kita boleh cuci sarung-sarung ini supaya kelihatan lebih bersih dan takdelah habuk banyak terkumpul masa kita duduk nanti.

Sentiasa amalkan kebersihan diri

Ada banyak lagi cara sebenarnya yang boleh kita praktikkan untuk mengawal masalah habuk ini daripada terus mengganggu kehidupan dan kesihatan kita setiap hari.

Apa yang paling penting, sentiasa amalkan kebersihan rumah dan diri sendiri terutama. Pastikan kita selalu ambil berat walaupun dengan sekecil-kecil perkara yang mungkin kita tak perasan.

Barulah kita dan keluarga sentiasa dalam keadaan yang baik dan gembira selalu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge