3 CARA PASTIKAN MOTIVASI DIRI SENTIASA TINGGI

kerja-keras

Terus terang aku cakap yang aku ini memang cepat down. Pantang kalau kena rejection daripada prospek terus aku rasa moody. Masa itu memang nak buat apa pun jadi malas. Aku menyampah.

Kalau aku ada banyak kerja, mesti banyak yang aku tangguhkan. Aku layan movie, main game, skrol video-video dekat Instagram sampai berjam-jam. Dah boring aku sambung buat benda lain pula.

Sampai satu masa itu aku fikir dalam diri, sampai bila aku nak macam ini. Umur ini makin hari makin tua. Masa bujang mungkin tak perasan sangat perbezaan dan peningkatan umur ini.

Tapi bila kau ada anak, dalam kau tak sedar kau akan rasa yang masa itu cepat je berlalu. Tau-tau je anak kau dah makin besar. Kau rasakan umur kau makin singkat.

JAUHKAN DIRI DARIPADA PERASAAN SELESA

Kau kena cepat-cepat counter balik perasaan selesa yang ada dalam diri tu. Salah satu cara nak kekalkan motivasi kau dalam keadaan tinggi, kau kena selalu ingat balik sebab apa kau masuk dalam bidang perniagaan ini.

Kalau dulu masa kau kerja kau takde ruang untuk nak push kau punya limit diri sampai ke tahap yang semaksimum mungkin. Kau hanya buat kerja mengikut kata dan arahan daripada orang atas kau je.

Tapi kenapa bila kau ada dalam bidang sales, kau sekatkan kemampuan diri kau dan terhadkan kebolehupayaan yang ada selama ini. Sentiasa cabar diri sendiri kalau kau betul-betul nak buat duit yang banyak.

Sebab income tu kau sendiri yang tentukan. Bergantung seberapa kuat dan seberapa besar sasaran yang kau nak. Jangan cepat putus asa sebab sifat itu memang tak bagi result yang bagus untuk kau dan masa depan kau.

PERGI KE KELAS DAN TIMBA ILMU PENGETAHUAN

Kedua yang kau perlu buat, kau kena selalu hadiri kelas-kelas yang boleh menambah baik skil sosial dan boleh meningkatkan tahap keyakinan supaya hati kau tak mudah koyak bila kau jumpa dengan bakal prospek yang bermacam-macam karenah.

Penting untuk kau tau kau sedang berdepan prospek yang macam mana, kau tak boleh layan semua sama rata main tembak rawak je. Asal boleh orang kata. Kau kena identify customer kau tu jenis yang macam mana.

Benda ini yang orang panggil seni dalam jualan. Kau kena cepat ubah style ataupun gaya percakapan dan intonasi yang betul bila kau nak pengaruhi seseorang itu. Mana nak belajar semua ini? Kau kena lah pergi kelas.

Lepas itu kau terus praktikkan apa yang dah diajar. Jangan kau tangguh-tangguh lagi. Bila sampai bab tindakan ini takde orang yang boleh tolong kau. Kau kena tolong diri kau sendiri, barulah kau buat betul-betul. Kalau kau buat sebab orang suruh, memang tak jadi lah bro.

BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SENTIASA POSITIF

Dan perkara yang paling penting sekali kalau kau nak jaga momentum dan sentiasa bersemangat ialah dengan cara kau kena jaga circle kau, dengan siapa kau sekelilingkan hidup kau.

Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita duduk dengan orang yang buat besi, badan kita akan bau besi. Kalau kita duduk dengan orang yang jual minyak wangi, badan kita akan sentiasa berbau wangi dan harum.

Kalau kau taknak cepat down dan nak sentiasa keep on track, kau duduklah dengan top sale hebat dan fighter-fighter kental. Kau tengok lifestyle dorang. Dorang ni takde masa nak layan benda-benda yang buang masa.

Benda takde faedah dan tak mendatangkan result yang bagus yang macam dorang nak. Hidup dorang setiap hari fikir macam mana nak improve kan kualiti diri dan kualiti kerja untuk nak hidup senang masa depan.

KAU BUAT KAU DAPAT. TAK BUAT TAK DAPAT.

Bila kau boleh amalkan perkara yang aku bagitau ini, insha Allah kau akan jadi seorang yang kental hati, buat bodoh je orang nak cakap apa, tak makan saman dengan rejection ataupun kutukan daripada kawan-kawan dan keluarga.

Sebab kau tahu dan kau sangat-sangat jelas dengan matlamat dan apa sahaja impian yang kau nak capai dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila kau ada dalam lapangan atau platform yang betul-betul boleh menjana duit dan income yang sangat-sangat banyak.

Malahan semua perkara negatif yang datang dalam hidup kau itu kau serap dan kau tukarkan jadi tenaga dalaman yang kuat yang buat kau push diri kau betul-betul. Untuk buktikan yang cakap-cakap dorang 100% salah.

Bila kau dapat energy yang super power macam ini, kau percayalah jarak kau dengan kejayaan kau itu hanya tindakan sahaja. Maksudnya tinggal lagi kau nak buat dengan tak buat je. Dan bila kau buat, confirm result dia memang meletup habislah.

Jangan percaya aku cakap, kau buat je.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge