3 CARA TINGKATKAN KREDIBILITI DIRI

yakin-dengan-diri-sendiri

Aku suka nak kongsikan topik kali ini. Aku ini sejenis orang yang mudah terinspirasi dengan kejayaan ataupun kisah orang lain. Dalam masa yang sama aku juga senang terpengaruh dengan apa saja perkara positif yang keluar daripada mulut seseorang itu.

Aku belajar, perhati selok-belok dan kenal pasti bahagian mana yang aku boleh aplikasikan sesuatu perkara itu dalam kehidupan aku sendiri, yang aku boleh guna pakai dan tambah baik life aku.

Bagi aku, tak kisah lah apa latar belakang kau sebelum ini, macam mana perjalanan hidup kau dan apa yang telah kau lalui pada kisah silam. Untuk kau berada sampai ke tahap kehidupan kau sekarang ini pun aku memang tabik habis.

Memang betul kita tak boleh nak tau apa yang akan jadi dalam hidup kita pada masa depan, tapi masa depan itu sendiri tanggung jawab kita yang pilih nak corak kan macam mana.

BUKAN SEKADAR CAKAP, TUNJUKKAN CARA NAK BUAT

Salah satu perkara yang buat kan aku kagum adalah bila seseorang menyampaikan satu-satu perkara itu, dia bukan setakat menyampaikan dengan perkataan semata-mata tapi dengan niat betul-betul nak membantu.

Bukannya sekadar bercakap tapi diri sendiri tak tau pun apa sebenarnya yang sedang dia cakapkan. Itu namanya cakap kosong. Asal semberono je walhal kau tahu pun daripada cakap-cakap orang juga.

Tunjukkan cara nak buat, selami permasalahan yang tengah dilalui dan cuba faham apa saja situasi yang sedang berlaku sekarang. Perkara-perkara ini akan buatkan aku anggap seseorang itu sangat hebat dan dia adalah seorang yang luar biasa.

Ada sesuatu dalam diri kau yang buatkan aku rasa macam kau selalu ada dengan aku. Ini satu perkara yang tak boleh nak terangkan secara kasar, dia bermain dalam hati, jiwa dan perasaan.

TAK PEDULI DENGAN KATA-KATA NEGATIF

Kedua, bila mana dia melakukan sesuatu perkara, satu pekerjaan atau satu perusahaan, setiap apa sahaja bidang yang dilakukan sekarang, dia buktikan dengan kejayaan yang telah atau sedang dia kecapi sekarang.

Keputusan yang dia peroleh itu buatkan aku berasa kau bukan orang biasa. Kau orang yang luar biasa. Kau adalah orang yang melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh sampai lah hasil yang kau mahukan itu tercapai.

Kau takkan peduli apa yang orang nak kata terhadap diri kau. Andai kau dihina sekalipun kau hanya pekak kan telinga dan buat tak reti. Kau memang jenis buat tak kisah, lantaklah apa orang nak kata.

Yang kau nak tahu, selagi apa yang kau sedang sasarkan belum tercapai, selagi itu kau takkan pernah sekali-kali berhenti daripada berusaha. Seorang yang punya sifat macam ini memang aku sangat kagum dan aku idolakan.

BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

Ketiga dan yang paling penting sekali adalah pujian dan lambungan yang kau dapat, sikit pun kau tak termakan dengan setiap kata-kata hebat yang kau terima. Kau jadi seorang yang sangat merendah diri, down to earth, soft spoken dan kau tahu macam mana nak kawal situasi tersebut.

Ada bahagian kau akan bertegas dengan karakter kau sebagai seorang pemimpin yang disegani. Kau jadi orang yang akan berdiri kedepan dan pertahankan sesiapa sahaja yang kau rasakan orang itu betul.

Dalam masa yang sama kau boleh terima pendapat orang lain dan kau terbuka nak mendengar apa sahaja idea, cara atau teknik yang lebih berkesan dalam meningkatkan lagi produktiviti mahupun menambah baik skil yang sedia ada.

Berani mahu mencuba teknik baru kerana tahu, apa sahaja idea yang di kembangkan sebenarnya pasti akan berikan sesuatu keputusan yang lebih baik. Tidak takut gagal dalam mencuba kerana daripada kegagalan lah akan tercetus nya lebih banyak perkara baik kemudian hari.

INSPIRASI MOTIVASI

Kalau kau memang ada sifat-sifat yang macam ini, tak tahu lah kat orang lain tapi dekat mata aku kau adalah seorang yang sangat hebat dan apa sahaja yang kau buat aku akan jadikan contoh yang boleh diteladani.

Dan boleh aku ceritakan dekat anak cucu aku nanti bahawasanya aku pernah kenal seseorang yang sangat hebat yang tak pernah ada sifat putus asa dan selalu bantu tambah baik kehidupan orang lain.

Teruskan menjadi sumber inspirasi kepada semua orang. Kau mungkin tak perasan yang kau sebenarnya telah bantu dengan berikan harapan baru dalam diri orang lain. Mungkin orang itu sedang bergelut berperang dengan diri sendiri.

Kadang ada yang sampai dah nekad tak nak teruskan hidup atas muka bumi ini lagi, tapi disebabkan kau, ada secebis harapan yang bersisa yang jadikan turning point untuk dia kuat nak hadap baki umur yang ada.

Waktu itu kau dah selamatkan satu nyawa. Hanya Allah SWT yang boleh membalas jasa baik kau. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge