3 ciri suami sejati idaman para isteri

suami-dambaan-isteri

Ramai lelaki di luar sana yang menyangka seorang wanita itu menginginkan suami yang stabil dalam kerjaya, punya kewangan yang kukuh, dan memiliki rupa paras yang menarik. Bagi saya itu semua adalah bonus sekiranya ada pada diri anda.

Namun situasi selepas berkahwin itu berbeza dengan apa yang kita sangka semasa kita bujang. Kali ini saya kongsikan 3 perkara yang mungkin seorang lelaki bujang tidak tahu langsung kriteria jenis bagaimana yang boleh buatkan hati seorang isteri cair.

suami mantap tahu apa yang isteri perlu

Hebat bila beraksi di dapur

Mungkin kita sangka tugasan didapur adalah tanggungjawab penuh seorang suri rumah. Jangan tak percaya wanita sebenarnya sangat suka dengan lelaki yang pandai memasak. Ini hasil pemerhatian saya selepas 6 tahun berada di alam perkahwinan.

Saya antara yang tak pernah perasan tentang hal ini sebelum berkahwin. Jadi memasak adalah satu perkara yang agak janggal bagi saya. Namun sesekali bila saya masak telur ataupun nasi goreng, isteri saya memang makan dengan perasaan teruja. Itu baru masak telur, cuba kalau saya pandai masak lauk lain.

masak dengan penuh keikhlasan

Menguruskan anak-anak dengan cemerlang

Suami yang selalu ambil berat tentang kebajikan anak-anak memang sangat disukai oleh seorang isteri. Mereka tidak mengharapkan semua perkara suami yang buat. Mereka tahu juga tugasan dirumah kebiasaannya memang diuruskan oleh isteri.

Namun andai kata suami tadi rajin mandikan, basuh najis anak-anak dan suapkan nasi sewaktu tiba waktu makan sudah tentu isteri akan berasa gembira dan terharu. Sekurang-kurangnya isteri boleh tumpukan pada tugasan lain yang lebih penting.

bertanggungjawab menguruskan anak-anak

Membantu tanpa perlu disuruh

Mengemas rumah sememangnya sesuatu yang sangat merumitkan dan penat mahu dikerjakan. Jadi tidak hairan lah kalau isteri kebiasannya banyak menghabiskan masa semata-mata memastikan habuk dan debu langsung tidak kelihatan di mana-mana ruangan rumah.

Andai kata suami, tanpa disuruh lalu membersihkan semua kekotoran yang ada dengan konsisten setiap hari pasti buatkan si isteri tergamam dan merasa beruntung dikurniakan seorang ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab dan prihatin.

membantu tanpa disuruh

Kembali ke alam realiti

Ini adalah sedikit perkongsian daripada pengalaman saya mengharungi alam perkahwinan yang sangat mencabar. Betul lah kata orang-orang tua, bila kita sudah mendirikan rumah tangga, kita akan berada di alam kehidupan yang baru.

Banyak perkara yang kita tak pernah sangka sebelum ini bakal terjadi selepas kita berkahwin. Bagi saya sendiri, perkahwinan ibarat saya melangkah ke alam sebenar selepas tamat fasa percintaan bersama pasangan yang masih belum halal sebelum ini.

Tak kisahlah berapa tahun pun kita bercinta selama ini, semua itu hanyalah dunia khayalan dan angan-angan semata. Realiti hidup bermula selepas akad nikah. Percayalah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge