3 HADIAH SIMPLE BUAT ISTERI RASA TOUCHING

cinta-mekar-dihati

Kau ingat tak dulu masa sebelum berkahwin, masa kau tengah couple dengan ex girlfriend kau dulu. Yelah aku cakap ex lah sebab korang kan dah kahwin. Hehe. Masa itu kau ada banyak cara untuk nak dapatkan perhatian daripada dia.

Kau bagi hadiah lah, kau tiba-tiba datang kat bawah flat bawakkan makanan lah, kau datang sejam awal kat LRT bila nak dating takut terlambat lah. Macam-macam lagi lah.

Tujuan kau buat benda-benda itu satu je kan. Supaya dia lebih sayang dekat kau dan tak cari lelaki lain. Satu lagi supaya kau nak dia tau yang kau betul-betul serius dalam perhubungan korang.

Kau dah bersedia untuk nak ke next level. Next level itu kira korang nak berkahwin lah. Masa itu rasa dunia ini indah sangat macam korang berdua je yang ada dekat atas bumi ini. Dah tak ingat orang lain.

TERLEPAS PANDANG

Tapi lain pula cerita dia bila korang dah berkahwin. Semuanya jadi berubah bila mana kau dan dia dah melayari rumah tangga. Setahun ke setahun perhubungan itu mula jadi lagi matang.

Bila dah ada anak lagi lah suasana dalam rumah itu jadi berubah. Masa itu korang akan alami fasa yang mana bila kau nak buat apa-apa je mesti buat untuk anak. Fikirkan anak terlebih dulu daripada benda lain.

Tak salah sebenarnya bila kau lebihkan perhatian dekat anak dan tentu-tentu kau seorang yang very hard working, komited dalam kerjaya, ramai orang respect dekat kau.

Tapi betul cakap, kau memang jaga perkara yang kau rasa lebih penting dan lebih mustahak sampai kadang-kadang kau lupa nak ambil balik perhatian isteri kau sama macam sebelum korang kahwin dulu. Isteri ini dia tak minta, tapi kau kena lah faham-faham sendiri.

COKLAT KENANGAN

Chill bro. Semua orang pun akan lalui perkara yang sama. Bukan tak sayang tapi tak perasan. Ada banyak benda yang kau boleh buat sebenarnya. Salah satu cara kau boleh bagi hadiah kat dia.

Ala, sama macam-macam dulu. Tak semestinya nak kena tunggu birthday dia ataupun anniversary korang. Nampak dia macam tengah letih itu kau pergi la lari ke dapur buatkan air.

Dalam masa yang sama kau dah standby belikan coklat kesukaan dia. Sambil kau hidangkan air minum dekat dia tu, picit-picit kepala dia sikit lepastu kau hulur lah coklat yang dia suka sangat masa zaman korang bercinta dulu.

Mesti dia terkejut tengok macam mana kau boleh ingat lagi coklat kegemaran dia. Ala bukannya mahal, coklat itu biasanya tak sampai pun sepuluh ringgit tapi moment yang bagi time tu kat dia priceless.

BUNGA KEJUTAN

Kedua, ada masa mesti isteri kau kerap tak sihat. Yelah, dengan kualiti udara zaman sekarang yang kuat berhabuk dan berdebu ini, boleh buat kita senang jatuh sakit. Lagi-lagi isteri kau itu memang suri rumah sepenuh masa.

Senang sangat kalau dia boleh feeling not well. Kau kena lah cepat bawa dia pergi klinik. Jangan diikutkan sangat kalau dia cakap tak payah itu. Perempuan memang macam itu selalu taknak menyusahkan kononnya.

Senyap-senyap kau pergi lah beli bunga letak kat dalam bonet. Bila kau dah drop off isteri kau, pergi kat parking kereta then letak lah bunga itu kat bahagian seat dia.

Nanti masa dia nak balik, buka pintu kereta je mesti terkejut bila nampak bunga ros merah depan mata. Silap hari bulan demam dia terus kebah serta merta. Tak payah dah makan ubat yang klinik bagi kan? Hehe.

SURAT HANTARAN

Yang ketiga ini paling best. Ni kira paling tangkap jiwa lah. Kalau kau bagi hadiah ini confirm isteri kau akan cair dan sayu hati dia. Silap-silap boleh menangis beb, percayalah aku cakap.

Kau tau macam mana nak buat? Kau ambil sekeping kertas lepas itu kau tulis atas kertas tu setiap perkara yang kau suka tengok dia buat sepanjang korang kahwin. Even kalau kau suka tengok muka dia masa tidur, kau tulis je.

Lepas itu kau letak dalam sampul surat dan letak nama penuh dia kat depan sampul. Kau post kan surat itu kat alamat rumah kau sendiri. Bila dia ambil, buka dan baca surat itu, pastikan kau takde kat sebelah dia. Kau tengoklah kalau tak percaya.

Confirm muka dia akan merah-merah dan hati dia rasa bahagia yang tak terkata. Dia rasa beruntung ada suami macam kau dah cukup buat hidup korang bahagia sama bahkan lebih lagi daripada sebelum kahwin dulu.

KEBUN CINTA

Hubungan cinta ini dia macam api. Kalau kau biarkan, lama-lama dia akan jadi malap. Malap itu okay lagi, tapi kalau tak di tuang minyak pengasih silap-silap boleh terpadam terus.

Bila dah jadi macam ini lagi bahaya. Orang yang paling terkesan nanti dah tentu anak-anak yang tak tau apa-apa. Korang berdua bertanggungjawab atas apa saja keputusan yang korang dah buat.

That’s why setiap hari kau kena anggap cinta korang ini ibarat taman larangan. Taman yang ada korang dua je dalam itu. Berkasih sayang, baja lah kebun korang ini dengan benih-benih cinta yang mendalam supaya setiap pokok yang tumbuh nanti hidup subur.

Mekar harum langsung tak boleh disentuh atau digugat oleh mana-mana kumbang perosak yang cuba menghancurkan kebahagiaan korang. Insha Allah satu hari nanti taman di negeri akhirat mesti lagi baik dan indah, kekal abadi selama-lamanya.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge