3 jenis perangai anak-anak yang buat ibu bapa hilang sabar

anak-marah

Biasalah budak-budak kan. Waktu mereka masih kecil lagi ini memang banyak perangai mereka yang kita orang dewasa susah nak faham. Lebih-lebih lagi anak pertama.

Kita pun masih lagi dalam fasa terima kehadiran orang baru. Sebelum ini hidup berdua dengan pasangan sahaja. Jadi mungkin 3 perkara di bawah ini pernah terjadi dalam kehidupan kita setiap hari.

bila anak meragam susah nak dikawal

Bila disuruh makan dia taknak

Kalau bab susah nak di ajak makan ini memang mengundang perasaan geram sangat. Kadang kita dah penat masak tapi mereka boleh mengelak taknak makan dan ada kala sampai terpaksa kejar mereka semata-mata nak menyuap nasi.

Ada saja yang tidak kena. Sedangkan sudah di masak makanan kegemaran yang mereka suka tapi bila tak ada mood itu tetap juga tak mahu makan sampai ke sudah.

makan pun nak kena disuruh dahulu

Dah masuk bilik air taknak keluar

Bila sampai waktu mandi pula memang terjerit-jerit memanggil mereka masuk ke dalam bilik air. Ada sesetengah yang tak tahan sampai dipukul-pukul anak itu hingga menangis.

Bila sudah dalam bilik air, payah pula nak disuruh keluar. Seronok pula main air sampai tak ingat dunia. Habis basah sampai melimpah keluar air basah rumah. Memang buat hilang sabar betul.

suka main air

Susah betul nak tidur

Waktu tidur pula paling kritikal sekali. Kadang jam sudah pun melebihi pukul 12 malam tapi masih tetap tak mahu lelap mata. Sudah ditutup lampu pun masih lagi mata terkebil-kebil tidak mahu tidur.

Sudah ditepukkan punggung pun masih tidak mahu lena. Kadang ada sesetengah ibu bapa terpaksa mengherdik memaki hamun barulah anak-anak mahu masuk bilik dan tidur. Kesian mereka.

bila kena marah baru nak tidur

Banyakkan sabar dan bagi tunjuk ajar

Sebagai orang tua mereka, mahu atau tidak kita mesti banyakkan sabar dengan sikap dan perangai mereka. Budak-budak masih belum fikir yang mana baik dan buruk.

Mereka cuma tahu main saja. Sepatutnya kita kena sentiasa mendidik mereka dan memberi teguran yang baik jika ada melakukan kesilapan. Mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat tidak memberikan sebarang makna.

Kita hanya membuatkan anak tersebut jadi lebih memberontak.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge