3 kekurangan Honda City 2020

photography-sunset-clouds-evening-wallpaper-preview

Takde benda yang perfect. Mesti ada part yang kurang. Samalah juga macam kereta. Hebat macam mana pun manusia buat, takkan boleh nak puaskan hati semua orang.

Aku sendiri, lepas dah beli kereta Honda City baru ni, ada banyak part yang aku suka pasal kereta ni dan ada part yang bahagian Honda boleh perbaiki lagi untuk masa akan datang.

First sekali yang aku perasan, walaupun aku ambil model v spec, model ni kira varian yang paling tinggi sebelum varian hybrid, tapi tetap tak ada autoflip bahagian side mirror dia tu.

Yang mana aku kena tekan sendiri button tu dalam kereta, sedangkan untuk model Honda City versi sebelum ni ada je. Hmm, kenapa boleh jadi macam tu ea? Aku pun tak tau. Ni antara yang aku perasan.

Kedua, kereta ni tak ada sensor depan. Kalau perasan, Honda City baru ni lebih panjang sikit berbanding model lama. Dan macam aku personally, sebab sebelum ni bawa kereta axia kan.

So bila nak parking tu nak agak bahagian depan tu agak janggal juga lah aku rasa. Terpaksa lah aku turun dari kereta dan tengok sama ada dah rapat sangat ke atau ada gap yang besar lagi sebelum kena hadangan.

Ketiga aku perasan, kereta ni dia punya dashboard tu macam senget sikit. Macam tak centre dia punya konsol gear kat tengah tu dengan monitor skrin yang besar tu. Tengok betul-betul ketara perasan.

Sebab biasanya gear dengan skrin tu dia sama straight kat bahagian tengah. Nampak macam pelik tapi takde masalah apa-apa pun. Cuma kalau orang yang perfectionists mesti susah hati tengok benda senget-senget ni.

Apa-apa pun kekurangan ni tak ketara mana kalau nak dibandingkan dengan pengalaman bawa sebuah kereta Honda ni atas jalan raya. Memang tak boleh nak digambarkan dalam bentuk tulisan.

Next nanti aku ceritakan kelebihan yang ada pada kereta ni ataupun mungkin kelebihan ni sebenarnya tak semua orang tau. Melainkan orang tu adalah owner Honda City 2020 ni haha. Bye!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge