3 kenangan waktu kecil yang akan di ingati sampai bila-bila

anak-anak-yang-baik

Semua orang mesti ada kenangan waktu kecil bersama keluarga. Terutama ketika bersama-sama ibu dan bapa. Sejak kecil, tanggungjawab membesarkan anak-anak sentiasa mereka ambil berat tanpa ada rasa lelah.

Walaupun bekerja siang dan malam mencari nafkah, tetapi tidak pernah sekali-kali pun mengabaikan kebajikan anak-anak. Kali ini aku kongsikan momen indah yang sentiasa aku ingat sampai bila-bila.

anak-anak penyeri hidup

Sentiasa ada ketika dalam kegelisahan

Pertama, aku masih ingat, walau kadang kala mama sibuk dan balik lewat malam bila keluar berniaga dengan papa, tapi setiap kali bila balik dan aku masih belum tidur tentu mama akan tepuk punggung aku sampai terlelap.

Walaupun masa itu aku masih berumur dalam 3 tahun macam itu, tapi detik ketika mana mama tidurkan aku itu tak pernah langsung aku lupa sampai sekarang. Kadang bila aku dah dewasa ini ada juga waktu dan ketika aku susah nak tidur malam.

Tak tahu kenapa. Bila terlampau banyak fikir, aku akan jadi susah tidur. Kebiasaannya aku akan ambil wudhu, tutup lampu dan tidur mengiring sambil membayangkan mama ada disisi aku. Baru lah aku dapat tidur dengan mudah.

cipta momen dan detik indah selalu

Percutian yang menjadi ingatan

Kedua masih segar dalam ingatan aku bila mana ada masa terluang, mama dan papa selalu bawa kami bercuti pusing-pusing di setiap negeri dalam Malaysia. Kami pernah keluar rumah hampir 2 minggu pergi berjalan-jalan merata tempat.

Papa suka bawa kami berjalan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur, kemudian ke Pahang menginap dalam beberapa hari. Lepas itu kami ke Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan barulah pulang ke rumah semula. Kami adik-beradik memang gembira tak terkata.

Mama dan papa setiap hari sibuk dengan urusan perniagaan. Jadi bila mana ada kesempatan bercuti, memang mama papa akan bawa kami jalan-jalan sampai kami puas. Waktu itu aku berumur dalam 7 tahun tapi aku masih ingat sampai sekarang.

hubungan yang kekal utuh dan erat

Pemberian hadiah yang sangat bermakna

Ketiga aku masih ingat sampai sekarang yang mama selalu akan belikan apa yang aku suka sangat. Walaupun ada masa papa akan bantah, tapi mama tetap belikan untuk aku apa yang aku suka. Mainan kesukaan, makanan kegemaran, baju-baju yang aku nak sangat.

Ada satu masa itu aku terlalu inginkan satu kereta kawalan jauh. Sebelum ini banyak kali mama belikan tapi yang biasa saja. Kali ini aku berkenan sangat dengan satu kereta itu. Kelebihan dia bila sedang bergerak kereta ini boleh melompat tinggi.

Ada satu punat merah di bahagian alat kawalan dia yang bila aku tekan kereta itu seolah-olah terbang. Dah tentu harga dia agak mahal. Lebih kurang dalam RM200. Nilai sebegitu sangat tinggi harganya ketika itu. Mungkin sama dengan RM1000 sekarang.

kenangan yang indah sampai bila-bila

Tidak terhitung jumlah pengorbanan

Mama tetap juga belikan untuk aku dan sampai sekarang aku masih ingat setiap saat walaupun aku baru berumur 8 tahun waktu itu. Kini aku sudah punya anak-anak, tapi kelebihan yang aku dapat sewaktu masih kecil belum tentu aku dapat terjemahkan pula untuk anak-anak aku sendiri.

Namun dalam masa yang sama, sentiasa lah cipta momen bahagia bersama mereka tak kiralah walau sesibuk mana pun kita setiap hari. Anak-anak cuma inginkan masa dan perhatian daripada kita saja sebenarnya.

Mungkin ada sesuatu yang kita lakukan hari ini yang pasti akan di ingati oleh mereka sampai bila-bila. Pastikan kenangan yang tersemat itu sesuatu yang indah supaya mereka lebih menghargai setiap saat dan waktu apabila kita sudah tidak lagi berada di dunia yang sementara.

Kasih dan sayang hingga ke syurga…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge