3 kesalahan suami buat isteri terus mengamuk

pujuklah-dia-kalau-tengah-marah

Bila dalam hubungan suami isteri ini, kau kena sentiasa jaga hati isteri kau. Jaga yang aku maksudkan ini, betul-betul jaga tau. Bukan nya setakat jaga cakap kat mulut je. Alah biasa lah kalau dah lelaki, mana pernah tak buat salah. Betul tak? Aku pun lelaki dan aku pun seorang suami kepada isteri. Kita lagi tau macam mana isteri kita tu sebenarnya, kan?

Ada pantang larang yang aku perasan bila orang kita buat, mesti isteri kita akan cepat marah. Kau kena sentiasa alert dengan tingkah laku dan perwatakan isteri kau. Andai kata kalau kau buat satu perkara itu dan tiba-tiba mood isteri kau bertukar 360° lebih baik kau jangan teruskan buat. Kalau kau terus buat juga maknanya memang kau menempah nahas lah ye haha.

Alihkan pandangan daripada wanita cantik

Yang pertama bila kau jalan dengan isteri kau kat mana-mana, bila kau nampak je ada perempuan lain lalu yang serta merta menarik perhatian kau, cepat-cepat kau alihkan pandangan kau kat tempat lain. Jangan kau sampai terbeliak biji mata duk pandang awek tu sampai tak berkelip. Dari hujung alam sampai ke hujung alam kau duduk perati je sampai lah awek tu hilang daripada depan mata kau.

Jangan sekali-kali kau buat benda ini kalau kau taknak perang dunia meletup lagi sekali. Memang cari naya kalau kau buat lagi-lagi isteri kau ada kat sebelah. Silap hari bulan kena penampar makan tak habis tu. Kau dah tau kau nampak perempuan cantik, kau tunduk la ke bawah. Jaga lah penglihatan kau tu. Isteri kau dah cukup lawa kut buat apa kau nak pandang perempuan lain lagi. Betul tak?

Jangan berdua-duaan dengan wanita lain

Yang kedua jangan sekali-kali kau keluar tengok wayang dengan kawan perempuan kau yang lain. Ini memang benda yang serius. Kau boleh kalau nak keluar tengok wayang juga tapi paling penting kau mesti kena bagitau isteri kau dulu. Selagi kau tak dapat keizinan daripada isteri kau, jangan kau senyap-senyap buat perkara macam ini okay. Tak baik tau kalau kau keluar dengan perempuan lain tak bagi tau isteri.

Walaupun isteri kau dah bagi lesen sekalipun nak pergi tengok wayang, mungkin sebab isteri kau pun dah kenal kawan perempuan kau, itu bukan tiket untuk kau pergi berdua-duaan okay. Kau kena pergi sekurang-kurangnya 3 atau 4 orang. Bukan apa, bila pergi berdua ini tipu lah kalau takde makhluk yang ketiga. Apa lagi, syaitan mesti dah pasang plan untuk korang berdua buat benda tak baik. Selagi dia tak dapat hasut mesti dia akan usaha juga. So be careful.

Jangan puji bekas teman wanita depan isteri

Yang ketiga dan yang paling kau kena elak sekali, jangan sekali-kali kau puji kekasih lama kau dulu depan dia. Ini sangat-sangat tak bagus. Yang dah lepas biarlah dah lepas. Kenapa kau nak kena banding-bandingkan awek kau yang dulu dengan isteri kau sekarang. Come on bro. Kau kena move on okay. Kau kena terima kenyataan yang kau dah takde apa-apa dengan ex kau itu dah.

Sementara kau sekarang ini, dah bahagia sampai beranak-pinak dah pun dengan isteri kau yang sah. Daripada kau duk sebut-sebut lagi tentang awek kau itu yang memang akan buat isteri kau lagi meletup bila dengar, lebih baik kau fikir macam mana nak tambah pendapatan untuk kau sara hidup keluarga dan anak-anak yang tak lama lagi nak bersekolah. Betul tak? Itu lagi patut kau fikir sebenarnya.

Faham antara satu sama lain

Apa-apa pun bina lah hubungan dengan isteri kau baik-baik. Kalau kata ada perselisihan faham tu adatlah kan. Tapi jangan dibiarkan lama-lama. Takut nanti lagi bertambah teruk kalau dibiarkan. Yang paling penting korang kena lah saling tolak ansur dan faham antara satu sama lain. Kalau ada perkara yang isteri kau tak suka buat kau jangan buat dan kalau ada perkara yang suami tak suka buat, isteri pun jangan lah ikut buat ya.

Korang berdua lebih tau dan lebih kenal antara satu sama lain. Berbaik-baiklah sebab apa, nanti kita akan dijadikan contoh oleh anak-anak. Kalau korang tunjuk contoh yang tak baik dekat dorang, so anak-anak pun akan ikut contoh tak baik itu juga. Kalau keluarga korang sentiasa aman dan bahagia, secara psikologinya pemikiran dan memori anak-anak pun akan banyak ingat perkara yang baik-baik je tentang keluarga dia.

Semoga keluarga kita semua diberi perlindungan daripada segala ancaman dan huru hara. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge