3 kesan bila isteri pakai minyak wangi ketika bersama suami

cinta-sentiasa-mekar

Kalau ada yang perasan banyak kejadian yang kita tak suka dengar, berlaku di kalangan pasangan yang dah berkahwin kat Malaysia ini. Bergaduh sana sini, anak-anak terabai. Keluarga kucar kacir.

Semua ini takkan berlaku andai kata ada persefahaman yang tinggi di antara kedua-dua belah pihak. Baik suami ataupun isteri. Ada banyak cara yang boleh dibuat untuk perbaiki hubungan semula.

Antara kaedah penting ialah dengan menjaga penampilan diri. Hari ini aku nak kongsikan cara terbaik daripada pihak isteri dalam usaha untuk nak mengatasi masalah dingin dalam perhubungan.

Salah satu caranya ialah dengan penggunaan minyak wangi. Isteri kebanyakan tak sedar betapa pentingnya kena pakai minyak wangi lebih-lebih lagi saat bersama dengan suami.

Menimbulkan kembali perasaan sewaktu mula-mula bercinta

Kenapa kena pakai minyak wangi? Sebabnya ialah bila si isteri mempersiapkan diri dalam keadaan sentiasa wangi, secara tak langsung boleh menimbulkan balik kehangatan sama macam zaman percintaan dulu.

Orang lelaki ini tipu lah kalau tak suka isteri dia wangi, cuma mungkin dia dah tak berapa kisah sangat sebab dah terlampau sibuk dengan kerja. Waktu ini lah peluang untuk isteri curi balik perhatian suami.

Dalam masa yang sama, secara tak langsung barulah suami mulai sedar balik betapa istimewanya isteri dia yang satu ini. Takkan mungkin dia nak pandang yang lain dah kan.

Sentiasa jadi dambaan suami

Kedua bila isteri selalu pakai minyak wangi ini, nampak seolah-olah yang isteri ini sentiasa bersedia untuk suaminya. Hatinya sentiasa terpaut kepada suami sahaja.

Lelaki bila dah dihargai sampai macam itu sekali oleh isteri sendiri, apa pun kekusutan dan kegusaran yang berlaku dalam diri dia setiap hari akan serta merta hilang sebab dia tau yang dia ada seorang isteri yang sentiasa berada di samping.

Menjaga kebersihan dalaman dan luaran

Ketiga dan paling penting, sebab utama isteri kena pakai minyak wangi bila dengan suami ini ialah supaya sentiasa peka dengan tahap kebersihan dalam diri. Baik daripada segi luaran mahupun dalaman.

Percayalah bila kita sentiasa dalam keadaan wangi, secara automatiknya kita akan sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk suami. Kebersihan luaran ni contoh macam sentiasa pastikan kuku pendek, rambut sihat dan jaga kesihatan.

Daripada segi dalaman pula, sentiasa bersangka baik dengan suami, jujur dengan segala perbuatan yang dilakukan tak kira depan atau belakang suami dan sentiasa menjaga kehormatan sewaktu takde bersama suami.

Bertolak ansur dan berkasih sayang antara satu sama lain

Selalu kena ambil berat dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Andai kata ada perselisihan pendapat tu janganlah dibiarkan berlarutan sampai 2-3 hari. Tak baik.

Cukup beberapa minit, lepas itu masing-masing minta maaf lah sesama sendiri. Bila boleh turunkan ego sampai tahap macam ini, insha Allah percayalah mesti perhubungan itu akan sentiasa harmoni dan tenteram.

Sampai bila-bila bahagia selamanya. Berkasih sayang antara satu sama lain, mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat Tuhan. Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge