3 kesan buruk pada anak bila keluarga bermasalah

mereka-cuma-mahu-perhatian

keluarga yang hebat datangnya daripada ibu bapa yang hebat. sebagai nakhoda kapal, seharusnya ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting.

memastikan bahtera yang dibina sentiasa berada dalam landasan yang baik dan aman. bayangkan, dalam membelah samudera yang menggila, andai diri sendiri tidak berjaya di kawal, bagaimana mahu menunjukkan contoh dan tauladan betul kepada semua yang berada di bawah tanggung jawab kita.

kali ini aku kongsikan 3 akibat buruk yang berlaku kepada anak sekiranya mereka lahir dalam keluarga yang tidak bahagia. semestinya ini bukan salah mereka semata-mata

mereka tanggung jawab kita

Mahu mengelak daripada berdepan dengan realiti

pertama, bila anak dilahirkan dalam suasana negatif, mereka cenderung untuk mengasingkan diri lalu menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang ramai. di sekolah, anak-anak ini akan terlihat menjengkelkan di mata kawan-kawannya yang lain.

duduk di meja, tidak pergi ke kantin sekolah waktu rehat dan tidak mahu bertegur sapa dengan kawan yang lain adalah salah satu contoh yang berlaku pada perwatakan mereka. sudah tentu ini akan mendatangkan kesan yang tidak baik terutama daripada segi pembelajaran.

pengalaman sedih dipinggirkan

Dijadikan sebagai orang belasahan

kedua, mereka ini mudah terdedah untuk menjadi mangsa buli oleh anak-anak yang tidak bertanggung jawab. setiap manusia perangainya berbeza-beza. ada sesetengahnya merasakan dengan menindas orang lain boleh berikan kepuasan pada mereka.

jadi seorang anak yang sentiasa murung pastinya mudah menjadi sasaran. dipukul bertubi-tubi di kepala dan badan, dihina dengan kata-kata kesat dan makian serta di sepak terajang antara yang bakal terjadi kepada anak kita yang tidak pernah bahagia tadi.

mudah terpedaya dengan pengaruh rakan sebaya

Terjebak dengan perbuatan keji dan mungkar

ketiga anak yang lahir dalam keluarga bermasalah akan mudah dipengaruhi dengan perbuatan jenayah yang tidak bermoral. mereka mula menunjukkan minat kepada suasana dan persekitaran yang berasaskan fahaman hedonisme yang sangat buruk.

meminum arak, merokok, penyalah gunaan dadah dan hubungan zina menjadi satu budaya yang sangat diagungkan. mereka mula berpegang kepada ajaran bahawanya keseronokan itu adalah matlamat hidup yang paling penting untuk dicapai.

sayangi dan cintailah mereka selalu

Mereka tanggung jawab dan amanah yang harus dipikul

jadi, sentiasalah menerapkan nilai-nilai murni pada anak-anak sejak daripada mereka lahir lagi. sentiasa ada peluang dan kesempatan untuk kita perbaiki diri asalkan paling penting kita memang betul-betul nak berubah menjadi orang yang lebih baik.

kita mahu anak-anak yang sentiasa melihat ibu dan bapa mereka sebagai idola sepanjang zaman. ibu bapa mana yang tidak gembira sekiranya anak mereka menjadi seorang yang baik, disegani dan dihormati kawan dan lawan.

mereka ibarat kain putih, kalau bukan kita yang mencorakkan, siapa lagi?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge