3 langkah berkesan hilangkan bau dan wangikan kereta balik

cuci-dulu-kereta-bersih-bersih

Kebanyakan orang selalunya memang ada masalah kereta berbau kan. Benda ini selalunya jadi tak kira dekat orang yang dah berkeluarga ataupun masih bujang.

Lelaki ke perempuan ke mesti ada masalah ini. Sebenarnya bergantung kepada macam mana kau jaga kereta tu. Sebab sikap ini mencerminkan peribadi. So kalau memang sampai tahap berbau tu kau kenalah buat 3 benda ini.

Keluarkan semua barang dalam kereta

Pertama sekali kau kena buang semua sampah sarap yang dah berkurun dalam kereta tu. Segala apa yang ada dalam kereta kasut ke stokin ke baju-baju lama kau kena bawa masuk rumah dulu.

Biar kereta kau tu betul-betul kosong takde apa-apa barang. Resit-resit lama tu pun boleh lah buang. Lepas tu bawa-bawa lah pergi cuci kereta dan suruh dorang vaccum dalam sekali.

Gunakan arang untuk neutralkan bau kereta

Kedua, bila kereta kau dah bersih dan dah nampak macam baru tu, kau boleh letakkan arang dalam kereta. Jangan kau pergi tabur arang tu semua dalam kereta. Kang tak pasal kotor balik.

Kau boleh hancurkan kecil-kecil letakkan dalam tupperware dan biarkan dalam kereta. Ini nak bagi bau dalam kereta tu neutral balik. Tapi jangan tutup pula tuppeware tu. Kena cari las satu hari yang kau tak bawa kereta kalau nak buat.

Letakkan perfume kereta sesuai dengan citarasa

Ketiga bila kereta kau dah clean and clear daripada bau yang tak best tu baru lah kau beli perfume kereta. Beli yang jenis gantung-gantung tu pun dah okay. Beli yang ada brand lagi bagus.

Jangan terus guna perfume kereta sebelum kau neutral kan bau kereta tu dengan arang. Nanti dah bercampur-campur bau tu lagi lah buat orang yang naik kereta kau pening kepala tak tau nak cium bau yang mana satu.

Pupuk sikap dan tabiat diri sendiri

Benda ini sebenarnya sikap yang nak kena dididik dalam diri. Kalau memang jenis yang jaga harta benda memang takkan nak biarkan kereta tu kotor dan sampai tahap berbau.

Tapi ada juga yang berbau sebab baru balik pasar. Tu tak boleh nak elakkan nak buat macam mana kan. Apa yang penting kereta tu sendiri cerminan kepada tuan punya kenderaan tu. Nilai lah diri sendiri.

Pesanan ni untuk aku juga. Kadang-kadang terlepas pandang. Hehe.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge