3 langkah kena ambil berat sebelum beli minyak wangi atas talian

kenalpasti-dulu

Kebelakangan ini, bukan setakat aku seorang je, aku rasa semua orang pun pernah beli barang melalui atas talian. Tak kisah lah sama ada beli dengan orang perseorangan yang berniaga.

Ataupun beli dalam aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon. Bagi aku okay je kalau nak beli atas talian ini. Lagi bagus dan lebih memudahkan. Tapi kena ambil kira 3 perkara ini okay.

Baca maklum balas pelanggan lain

Pertama sekali kau kena tengok review orang awam dulu sebelum beli. Kebiasaannya kalau orang yang dah lama berniaga ada banyak maklum balas yang ditinggalkan pelanggan mereka sebelum ini.

Korang boleh pilih penjual yang dapat rating yang baik daripada pelanggan. Ataupun ada banyak komen positif yang boleh meyakinkan kita untuk membeli. Daripada situ boleh tau servis peniaga tu bagus ke tak.

Pastikan asli baru beli

Kedua pastikan produk yang korang beli tu original bukan tiruan. Kalau boleh dapat berkomunikasi 2 hala dengan penjual lebih bagus dan lebih selamat urusan jual beli tu.

Bukan apa, cuma nak mengelakkan terbeli dengan harga yang mahal tapi produk tu minyak wangi bukan asli. Kalau beli murah tak apa lagi. Kalau mahal mau tepuk dahi juga.

Cuba minyak wangi terlebih dahulu

Ketiga dan yang paling penting, korang dah tau minyak wangi mana yang sesuai dengan korang. Ini memang sangat-sangat penting. Sebab kesan minyak wangi ini tak sama dengan setiap individu yang gunakan dia.

Kalau korang mungkin dah pernah beli sebelum ini, dan mahu beli lagi, tak jadi masalah. Tapi kalau pertama kali beli, aku sarankan pergi cuba dulu kat mana-mana pasar raya ataupun boleh minta spray sikit dengan kawan yang dah beli.

Berhati-hati dalam berbelanja

Praktikkan 3 langkah ini aku yakin pengalaman korang membeli di atas talian akan jadi lebih hebat dan lebih menyeronokkan. Aku pasti korang akan lebih teruja nak beli lagi lepas ini.

Tapi ingat, sentiasa kawal diri dalam berbelanja. Benda ini takde batas terutama yang menggunakan kad kredit. Jangan sampai jadi ketagihan dan tak terkawal pula bila membeli belah atas talian.

Semoga bermanfaat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge