3 M yang buatkan orang taknak pakai minyak wangi

jangan-selalu-malas

Aku perasan memang ada orang kita ini yang memang tak suka nak pakai minyak wangi. Aku pun tak tahu, kadang tak boleh nak fikir kenapa dorang tak suka pakai.

Kalau badan tu tak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan itu takpe lagi lah. Ini sampai sebatu jarak dia pun orang boleh tercium bau yang tak best tu, apa cerita ye dak?

Kali ini aku kongsikan 3 sebab kenapa orang taknak pakai minyak wangi.

Malas

Pertama dan ini memang punca utama sekali lah. Kalau dah kata memang malas nak pakai minyak wangi nak buat macam mana lagi nak tolong. Bukan nya takde minyak wangi kat rumah,

Tapi entah kenapa sayang sangat nak guna. Minyak wangi tu dibeli bukan untuk perhiasan. Jadi janganlah simpan dalam kotak aje. Pakailah minyak wangi tu, biar orang rasa selesa sikit nak berkawan.

Sebotol minyak wangi tu kalau selalu pakai takdenya cepat habis. Ikutkan makan bulan juga nak habis. Jangan lah pergi spray macam botol minyak wangi tumpah. Memang lah cepat habis.

Memilih

Ini satu masalah lagi ini. Punya lah sanggup taknak pakai minyak wangi semata-mata nak tunggu beli yang original baru nak pakai. Aduh janganlah buat hal macam ini.

Kalau belum bersedia nak beli yang kat shopping mall tu, ada banyak lagi minyak wangi yang dijual kat pasar malam. Yang jenis roller itu pun kalau pandai pilih banyak gila bau yang sedap.

Beli lah ukur pada kemampuan. Jangan nak ikut-ikut orang. Jangan sampai nak tunggu beli yang mahal, nanti kena kecam pula dengan kawan-kawan sebab badan berbau.

Merasakan

Jangan disebabkan kau rasa yang badan kau tak berbau kau boleh pilih untuk taknak pakai minyak wangi. Silap itu. Sebenarnya kau mungkin tak perasan yang badan kau berbau kurang menyenangkan.

Tapi kawan-kawan kau ataupun pasangan boleh perasan badan kau berbau. Kalau memang decide taknak pakai minyak wangi, cuba sekali ini kau tanya dengan orang yang rapat dengan kau selalu.

Kau tanya ada tak dia tercium apa-apa bau yang tak best. Kalau dia kata takde, kau selamat. Tapi kalau dia kata ada kau kena cepat-cepat pergi cari minyak wangi kau.

Ambil berat perkara ringan

Aku harap perkongsian aku kali ini boleh sedarkan aku dan boleh sedarkan ramai orang. Betapa pentingnya kita kena selalu pakai minyak wangi ini tak kira apa keadaan.

Ambil berat dengan apa saja perkara yang kita suka ambil ringan. Kita tak tau mungkin daripada penggunaan minyak wangi ini, kredibiliti kita sebagai seorang manusia itu akan sentiasa dipandang tinggi oleh orang lain.

Fikir-fikirkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge