Manusia memang takkan boleh lari daripada masalah. Masalah itu akan sentiasa datang tanpa kita duga. Macam mana nak mengelak pun tetap tak boleh. Itu dah memang fitrah. Lagi kita lari lagi dekat dia datang.
Apa yang boleh kita buat ialah mengawal dan mengendali masalah itu supaya tak jadi melarat dan berlarutan. Kena pandai control keadaan. Kali ini aku kongsikan 3 masalah yang selesai dengan adanya minyak wangi.
Masalah bau badan
Ini aku yakin siapa yang memang ada masalah bau badan yang kurang menyenangkan itu sesuai sangat pakai minyak wangi. Bau badan ini kadang kita tak perasan tapi orang sebelah kita boleh tau. Ada sikit masam-masam gitu.
Harap-harap jangan lah sampai ada yang tegur baru nak perasan ya. Tak kisah lah ada masalah bau badan ke tak, bagi aku tak salah pun kalau nak pakai minyak wangi selalu. Orang lagi tambah selesa dengan kita dan senang nak rapat.
Masalah kurang keyakinan diri
Ada orang yang memang dilahirkan ada masalah kurang keyakinan diri. Aku sendiri pernah alami situasi macam ini. Kadang-kadang rasa tak pasti sesuatu keputusan yang dah dibuat itu betul atau salah.
Pengalaman aku, bila kita pakai minyak wangi dan terus keluar buat kerja ke contohnya, kita akan lebih yakin dengan apa saja kita lakukan dalam kehidupan harian kita waktu itu.
Kita tak takut untuk buat kesalahan sebab daripada kekurangan itu nanti lah kita akan belajar untuk nak perbaiki diri balik. Fokus pada usaha, bukan sekadar tunggu dan lihat. Termenung je tak mendatangkan apa-apa faedah.
Masalah kewangan
Ini antara masalah yang paling terkesan sekali dalam hidup. Sesetengah orang itu kadang-kadang takkan boleh sangka yang dia akan diberhentikan kerja serta merta. Apa nak buat kalau dah takde kerja?
Salah satu cara yang paling cepat untuk dapatkan duit segera dengan berniaga. Dan minyak wangi salah satu produk perniagaan yang paling ramai orang cari di dunia.
Ada banyak syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada sesiapa saja yang berminat menjadi ejen jualan kepada produk minyak wangi mereka. Boleh jumpa dan belajar macam mana mereka buat duit.
Belajar mengawal dan mengendali masalah
Kesimpulan yang aku boleh buat daripada artikel kali ini, walaupun sebagai manusia biasa, kita mesti sentiasa perbaiki diri dan belajar menjadi matang dalam mengendali apa sahaja situasi yang berlaku dalam hidup.
Apa yang paling penting, sentiasa jadi orang yang boleh bagi manfaat kepada orang lain. Jangan sekali-kali biarkan masalah membelenggu diri. Usaha cari jalan penyelesaian supaya kehidupan kita sentiasa bahagia dan gembira selalu.
Artikel menarik untuk anda:
Jangan buat 3 perkara ini bila nak gunakan minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan sikit pengalaman aku sepanjang guna minyak wangi. Ramai orang suka pakai minyak wangi dan ramai orang yang…... Baca selanjutnya »
Kelebihan menggunakan satu jenis minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan kelebihan bila kita pakai satu jenis minyak wangi dan kita tak tukar-tukar minyak wangi. Bagi aku tak…... Baca selanjutnya »
Kenapa kena berkawan dengan si penjual minyak wangi
Masa kecil-kecil dulu ustaz kat sekolah selalu ceritakan tentang hadis Rasulullah SAW. Ada banyak, tapi ada satu yang aku ingat sampai sekarang…... Baca selanjutnya »
Semburan minyak wangi yang memberikan kesan terbaik
Aku sempat baca beberapa artikel berkaitan cara terbaik menggunakan minyak wangi. Kalau diikutkan memang banyak teori yang diceritakan. Lain orang lain cara. ... Baca selanjutnya »
Membuat jualan dengan menyelesaikan masalah
Hari ini meraikan saudara yang datang daripada Indonesia. Sebelah mama memang ada darah keturunan minang. Dulu masa kecil-kecil pernah balik ke sana. ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions