3 pendekatan menyelami hati seorang anak

anak-anak-ibarat-kain-putih

Saya sebagai seorang bapa kepada 2 orang anak. Saya percaya ramai di usia saya yang baru menjengah usia 30an ini sudah pun berkahwin dan bergelar sebagai ibu dan bapa pada anak masing-masing.

Salah satu cabaran yang saya sendiri alami sekarang adalah bagaimana mahu membahagikan masa antara kerjaya dan hubungan kekeluargaan bersama insan tersayang terutama bila di rumah.

anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan

Kesedaran tanggungjawab sebagai orang tua

Sejujurnya penulisan kali ini secara tak langsung mendidik dan menyedarkan saya sendiri, betapa pentingnya kita mengambil berat tentang hal yang mungkin bagi pandangan sesetengah orang ianya tidaklah seserius mana.

Bagi saya, percayalah. Anak-anak dirumah sentiasa mendambakan kasih dan sayang daripada kita semua. Janganlah jadikan alasan kerjaya sebagai pelepas diri untuk tidak mengakui kekurangan dan kelemahan diri sendiri.

sahabat, rakan baik dan tempat mengadu segala masalah

Menjaga setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut

Pertama, sebagai seorang yang lebih tua, penting kita sentiasa sehabis baik mengawal dan menjaga setiap tutur dan patah kata bila bercakap ataupun menegur anak-anak tidak kira di peringkat usia mana sekalipun.

Ibu bapa yang berperlakuan kasar dan suka menggunakan kata-kata kesat ketika memarahi anak cenderung untuk melakukan kekerasan fizikal pula yang boleh menyebabkan kecederaan dan trauma kepada si anak yang tidak tahu apa-apa.

ibu bapa contoh dan idola kepada anak-anak

Melayani mereka sebagai seorang kawan dan sahabat

Kedua sentiasa menganggap mereka sebagai kawan dan sahabat. Anak-anak mudah untuk terpengaruh dengan ajakan dan pujukan rakan-rakan sebaya yang tidak bermoral dan suka berpeleseran di waktu malam.

Bila kita masuk dalam dunia mereka, secara tak langsung anak akan menjadi lebih selesa untuk keluar bersama keluarga sendiri berbanding mengikut ajakan kawan mereka. Ini melalui pengalaman saya sendiri.

Sewaktu saya masih kecil saya teringin mahu keluar malam sehingga larut pagi semata mahu menonton perlawanan bola sepak. Disebabkan tidak mahu saya keluar lewat malam dengan kawan, ayah saya menemani saya menonton bola sehingga pukul 4 pagi.

kenangan abadi terpahat di hati

Memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi

Ketiga menghargai setiap apa pencapaian yang telah mereka kecapi. Anak-anak sememangnya gembira apabila hasil penat lelah mereka dihargai oleh ibu dan bapanya. Tak perlu memberi hadiah mahal yang melalaikan. Cukup sekadar meluangkan masa.

Bawa mereka ke restoran makanan segera yang disukai, bermain ski ais di e-Curve Damansara ataupun jika ada belanja yang lebih, sekali sekala bawa mereka bercuti di pantai ataupun pusat peranginan tanah tinggi sudah memadai.

sentiasa dalam ingatan berkekalan hingga akhir hayat

Mendoakan kesejahteran dan ketenangan di alam sana

Jadikan memori zaman kecil sesuatu yang indah untuk mereka ingati. Sama ada kita sedar ataupun tidak masa beredar dengan sangat pantas. Anak yang dulunya tidak pandai duduk sendiri, sekarang sudah petah berkata-kata.

Sampai masa, mereka akan meningkat dewasa dan kita pula mula lanjut usia. Tiada apa yang lebih kita harapkan daripada mereka. Cukup sekadar mendoakan apabila kelak kita sudah tidak lagi di dunia fana yang cuma pinjaman sementara.

Beruntunglah mereka mempunyai anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan ibu dan bapa yang sudah tiada.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge