3 perangai isteri buat suami merajuk

kisah-cinta

Ada sesetengah isteri tak perasan perbuatan mereka itu sebenarnya buatkan suami jadi tak tentu arah. Tak pasti sama ada nak suka ataupun tak suka. Buat suami jadi tak keruan orang kata.

Percayalah kalau berterusan buat selalu macam ini mesti muka suami sentiasa merah padam. Itupun kalau isteri itu buatlah. Kalau kata tak buat mungkin takdelah jadi apa-apa.

kadang suami tak sangka dengan tindakan isteri sendiri

Buat-buat lupa hari lahir suami

Pertama, janganlah suka-suka tak nak sambut hari lahir suami. Kononnya nak buat-buat lupa. Percaya tak, ada suami yang memang tahu haritu hari lahir mereka tapi sengaja diam supaya nak isteri wish kan.

Yang isteri pula buat-buat tak ingat sedangkan dah plan nak buat surprise untuk suami. Tak baik tau buat suami macam ini. Kesian lah si suami tertunggu-tunggu kenapa isteri dia tak wish birthday.

biasanya suami merajuk manja saja

Beli tapi sorokkan barang yang suami mahu

Kedua kalau suami pesan minta belikan sesuatu barang, isteri beli tapi sengaja tinggalkan barang tersebut dalam kereta. Kesian suami tak tahu barang itu sebenarnya memang dah beli.

Mungkin suami memang nak pakai urgent. Tapi cute juga bila isteri buat macam ini. Nampak seolah-olah dia macam tak ambil kisah dengan suami tapi sebenarnya dia sayang sangat. Hehe.

suami sangat bertuah dapat isteri yang sentiasa memahami

Masak sedap-sedap tapi tak hidang atas meja semua

Ketiga janganlah masak sedap-sedap kat rumah lepastu hidangkan makanan atas meja itu dah tinggal sikit je. Sedangkan isteri dah sorokkan lauk yang sedap itu kat dapur tak bawa ke depan.

Kesian suami nak makan pun takut-takut sebab dia tak tau sama ada isteri dah makan ke belum. Dia pun cuit lah sikit-sikit lauk itu takut nanti habis sedangkan ada banyak lagi.

kenangan yang terindah dalam hidup

Selagi kenangan masih dalam memori

Kadang dalam perhubungan suami isteri ini, mesti ada bergurau senda juga. Kalau serius saja sepanjang masa, macam tak meriah pula kan? Biasalah bila ada nakal-nakal sikit.

Percayalah, apa yang berlaku hari ini, tentu akan jadi kenangan yang indah bila mana sudah meniti usia tua nanti. Sudah tentu masa tidak dapat di undur kembali, itu perkara yang mustahil.

Namun selagi masih ada daya ingatan, memori itulah yang menceriakan baki hari yang masih tinggal.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge