Ada jenis lelaki yang suka ambil mudah tentang perasaan dan hati pasangan mereka. Bukan kata tak peduli, cuma ada kalanya malas untuk biarkan satu-satu perkara itu berlarutan dengan lebih panjang. Bagi aku, sikap macam ini seolah sedang cuba nak lepas tangan.
Dengan harapan, masa dan waktu yang akan pulihkan semula keadaan. Sebaik-baiknya lelaki itu mesti berdepan dengan apa saja kekusutan ataupun pertelingkahan yang sedang berlaku. Aku kongsikan 3 senario yang berlaku dan cubalah untuk selami dan mendalami.
Marah
Ada ketika wanita ini mudah marah. Walaupun hal-hal yang berlaku mungkin kita sebagai lelaki merasakan ianya tidak perlu pun dihebohkan sangat tapi tidak bagi mereka. Sedikit hati mereka terguris itu merupakan satu kesilapan besar yang lelaki telah buat.
Sebagai lelaki, jangan sekali-kali kita cuba menambahkan amarah yang memang dah membara dalam diri mereka. Api jangan disimbah lagi dengan gasolin. Andai kata meletup, 1 lautan air pun belum tentu dapat padamkan kepedihan yang terpalit. Lelaki kena banyak bersabar sampailah kemarahan itu reda.
Sedih
Tatkala hati mereka sedang sedih dan berduka cita dengan perbuatan yang telah kita lakukan secara tidak sengaja, cubalah perbetulkan komunikasi dua hala terlebih dahulu. Andai kata si dia masih belum bersedia, biarkan mereka dan jangan terus memaksa.
Perbuatan memaksa itu tak bagus dan akan lebih merumitkan lagi keadaan. Berilah mereka seberapa banyak masa yang mereka perlukan. Andai kata hati mereka sedikit terbuka untuk berbicara, mulakan lah dengan permohonan maaf yang tulus dan ikhlas.
Merajuk
Kalau dah tau mereka itu tengah merajuk, pergilah pujuk. Janganlah cuba-cuba nak tunjuk hero lagi masa ini. Takkan jatuh pun martabat seorang lelaki bila mana dia memujuk kekasih hati yang sangat dia cintai, apa lagi kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri.
Berterus terang dan ceritakan bahawasanya kita menyesali perbuatan yang telah dilakukan pada mereka. Kalau si dia masih marah lagi, berhenti dulu. Macam yang diberitahu tadi, jangan memaksa wanita. Berikan mereka tempoh masa bertenang.
Jaga hati
Ada yang kata, wanita ini sukar difahami. Bagi aku itu bergantung kepada persepsi dan tanggapan masing-masing. Cuma kita memang dah sedia maklum yang wanita ini diciptakan daripada tulang rusuk dan yang paling bengkok adalah bahagian atasnya.
Kalau kita cuba nak luruskan, dah tentu ianya akan patah. Andai kata kita biarkan, ianya tetap bengkok. Begitulah perumpamaannya. Sebagai lelaki, jaga dan layanilah wanita itu dengan baik. Lelaki yang bijak dan memahami sentiasa dihormati dan disayangi oleh wanitanya.
Artikel menarik untuk anda:
Perempuan guna minyak wangi lelaki, boleh ke?
Semalam aku ada baca satu fakta dalam artikel. Lepas itu aku jadi berfikir lama. Betul ke perempuan boleh pakai minyak wangi lelaki? ... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa perempuan suka lelaki wangi
Masa aku tengah mandi petang tadi, tiba-tiba ada soalan keluar dalam kepala aku. Entah kenapa aku terfikir, kenapa perempuan suka lelaki yang…... Baca selanjutnya »
3 langkah kena ambil berat sebelum beli minyak wangi atas talian
Kebelakangan ini, bukan setakat aku seorang je, aku rasa semua orang pun pernah beli barang melalui atas talian. Tak kisah lah sama…... Baca selanjutnya »
3 sikap lelaki ambil kesempatan daripada penggunaan minyak wangi
Perangai seorang lelaki ini tak boleh nak teka. Setiap orang perwatakan dia berbeza. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Susah…... Baca selanjutnya »
Kenapa perlu pakai minyak wangi dirumah
First sekali artikel ini aku rasa sesuai untuk yang dah berkahwin. Mungkin nampak macam kelakar, kenapa kena pakai minyak wangi dalam rumah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions