3 PERKARA BUAT PEREMPUAN TERSUKA TANPA SENGAJA

kena-pandai-bina-hubungan-dulu

Orang kata, bukan aku kata. Tak kenal maka tak cinta. Betul ke? Kalau kau tanya aku betul la tu. Takkan la daripada stranger, tiba-tiba awek itu boleh suka kat kau. Memang tak lah.

Sebenarnya ada cara yang boleh buat perempuan tu daripada tak suka kau atau tak kenal kau, tapi perasaan dia itu boleh swing jadi suka. Pelik kan? Perkara itu tak mustahil terjadi. Dah banyak kali berlaku pun.

Itupun kalau kau nak lah lalui proses itu. Kau kena ingat ya. Apa benda pun mesti ada proses dia. Kalau kau jenis tak sabar, alamatnya memang tak dapat la nak tackle hati dia itu.

Come on brader, don’t be to gelojoh man. Kau kena avoid perangai yang suka memaksa-maksa. Itu memang kesilapan besar kalau kau buat. Memang cari nahas lah jawabnya.

CAKAP BIAR TERUS TERANG

Salah satu sebab yang boleh buat hati perempuan tu jadi tak tenteram dan teringat-ingat dekat kau dah tentulah dorang ini suka lelaki jenis yang kalau bercakap tak pernah nak menipu.

Bila kau berborak dengan dia kau akan pastikan segala patah perkataan yang keluar daripada mulut kau itu memang betul-betul fakta. Kau takde nak menunjuk pandai.

Tapi sebenarnya kau tengah kelentong dia. Perempuan ini senang je babe. Kalau kau tak tau, kau cakap je tak tau. Kau jangan nak memandai-mandai kau ini memang pakar dalam semua benda.

Kena kau tengah borak itu tentang benda yang memang awek itu dah master habis, kena getah balik weyh. Time itu memang kau malu tak tau nak letak muka kat mana. Haha.

AMBIL BERAT JANGAN SAMPAI RIMAS

Satu rahsia perempuan ini bila kau nak mengorat dia, kau kena lah selalu ambil berat pasal dia. Tanya dia dah makan ke belum, tengah buat apa, macam mana kerja siang tadi.

Nampak lah sikit kau ini seorang yang caring dan penyayang. Ni tak, kau tak pernah kisah pun apa yang dia tengah hadap hari ini, tiba-tiba kau nak dia boleh suka kau macam itu je. Memang tak lah.

Tapi yang part ni kena hati-hati sikit. Bagus kalau kau memang caring ke dia tapi jangan sampai dia rasa rimas pula. Setiap sejam sekali kau nak call dia, kau dah kenapa? Haha.

Kejap lagi dia terus block kau baru kau tau. Kalau block kau daripada whatsapp okay lagi, dia dah block kau daripada life dia baru kau tau. Tak pasal-pasal kan dah melepas.

JANGAN BERPURA-PURA

Paling penting, bila kau betul-betul dalam proses nak tackle hati dia dalam diam, kau kena jadi diri kau sendiri bro. Tak payah la kalau kau acah-acah nak jadi skema tiba-tiba.

Dah mengalahkan macam pelakon drama melayu petang-petang. Perempuan geli kau tau tak kalau kau berperwatakan macam kayu. Dorang ini boleh perasan sama ada kau tengah pura-pura ke tak.

Kalau kau memang makan nasi pakai tangan, kau makan je pakai tangan. Kalau kau memang suka makan kat gerai, kau bawa je dia makan kat gerai. Tak yah nak malu-malu.

Perempuan ini dia okay je, bukan kisah sangat. Kau kan tengah nak pikat hati dia, yang penting kau pandai cipta momen menarik yang boleh buat dia teringat dekat kau bila dah balik. Tu lagi penting.

JADILAH LELAKI GENTLEMAN

Hati perempuan ini cepat tersentuh. So kalau kau betul nak tarik perhatian dia, aku sarankan kau kenal dia dengan lagi mendalam. Ingat apa yang aku pesan daripada awal tadi, semua benda ada proses dia.

Kau jangan sekali-kali skip proses itu. Kau kena banyakkan bersabar dan paling penting kau kena jadi seorang yang tenang dan cool. Perempuan akan senang jatuh hati dengan jenis orang yang berfikir dengan cara matang dan tak terlalu kebudak-budakkan.

Kalau kau nak bermanja-manja dengan dia tu, biarlah kau dah jadi kekasih yang halal. Ha, lagi satu. Perempuan ni memang suka sangat jenis lelaki yang tahu tentang macam mana nak hormat diorang.

Tak kan sekali-kali ambil kesempatan atas kebaikan dorang. Kau boleh lulus fasa yang ini, aku memang tabik spring dengan kau. Kau memang seorang lelaki yang gentleman.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge