Mungkin dalam tak sedar hubungan kalian suami isteri mula rasa hambar. Dia bukanlah perasaan cinta itu dah takde langsung. Cuma mungkin sebab kesibukan di tempat kerja buatkan pasangan lupa untuk sentiasa saling menghargai antara satu sama lain.
Waktu- waktu macam ini biasanya seorang suami lebih mudah perasan berbanding isteri. Bila rasa macam hubungan kalian mula jadi suram itu, suami kena cepat mainkan peranan. Saya kongsikan tips mudah buatkan hubungan korang tiba-tiba ‘hangat’ semula.
Pelukan yang hangat
Pelukan seorang suami di waktu isteri sedang santai-santi duduk di rumah sudah tentu buatkan hati isteri mula tak keruan. Mungkin di kala isteri sedang sibuk mengemas dapur buatkan hati isteri isteri rasa berbunga-bunga.
Ini salah satu cara mudah untuk suami berikan kejutan yang tak disangka-sangka oleh isteri. Pelukan sewaktu mahu ke tempat kerja mungkin sudah boleh diduga isteri, namun pelukan ‘tiba-tiba’ tentu meninggalkan buat isteri tersenyum malu.
Belaian yang mesra
Belaian rambut sewaktu sama-sama sedang menonton rancangan kegemaran di televisyen tentu buatkan hati isteri berdegup kencang. Ini juga salah satu cara yang boleh dipraktikkan bila mana hubungan antara kalian seakan dingin sepanjang minggu ini.
Tak perlu terlampau kasar. Cukup dengan usapan lembut pasti buatkan isteri terpinga-pinga. Andai kata perlu, cium lah rambut isteri yang berbau harum itu. Mesti isteri akan berasa segan silu dan terdiam tak dapat melakukan apa-apa.
Kucupan yang manis
Ciuman di dahi seorang isteri yang sangat disayangi pasti buatkan perasaan mereka tenggelam di dalam lamunan yang dalam. Hilang segala penat lelah daripada siang tadi menguruskan perkara yang membeban dan memenatkan.
Kucupan mesra di dahi insan yang kita sayangi ini juga pasti buatkan jantung isteri rasa bagai nak jatuh dipanah asmara. Apa lagi, inilah peluang untuk kalian berdua kembali semula ke alam seperti mula-mula berkahwin satu ketika dulu. Ibarat pengantin baru.
Bahagia selamanya
Seorang suami perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga bersama pasangan. Banyak kejadian yang sering kita dengar di media sosial tentang keretakan dan perbalahan yang terjadi seolah-olah ini seperti sudah menjadi perkara biasa.
Bukan apa, kalau di kaji semula, kadang-kadang perkara sebegini terjadi cuma disebabkan hal-hal kecil sahaja. Hargailah pasangan kita setiap masa. Perkahwinan yang terbaik dan diredhai ialah saling mencintai dan menyangi sepanjang hayat.
Berkekalan sampai bila-bila.
Artikel menarik untuk anda:
Tips hangatkan kembali hubungan suami isteri
Perasan tak bila dah lama kahwin, hubungan antara suami isteri itu kadang mula kendur sikit. Dia bukanlah kata dah tak sayang, tapi…... Baca selanjutnya »
3 perangai isteri buat suami merajuk
Ada sesetengah isteri tak perasan perbuatan mereka itu sebenarnya buatkan suami jadi tak tentu arah. Tak pasti sama ada nak suka ataupun…... Baca selanjutnya »
3 kesalahan suami buat isteri terus mengamuk
Bila dalam hubungan suami isteri ini, kau kena sentiasa jaga hati isteri kau. Jaga yang aku maksudkan ini, betul-betul jaga tau. Bukan…... Baca selanjutnya »
Minyak wangi sebagai pemikat hati suami
Menjadi seorang isteri yang solehah, mesti kena pandai pikat hati suami. Ada sesetengah isteri zaman sekarang ini kurang mengambil berat tentang hal…... Baca selanjutnya »
Kaitan antara suami isteri, habuk dan pokok viral
Aku tak pasti apa sebenarnya isu yang kecoh sampai viral kata kalau letakkan satu-satu jenis pokok ini dalam rumah boleh kurangkan masalah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions