Ayah aku sejak sebelum kahwin memang dah dalam dunia business. Papa niaga baju dengan seluar bundle. Sebelum niaga bundle seingat aku papa cerita pernah kerja kayu balak Kat Sarawak.
Papa sendiri dah lalui macam-macam situasi berniaga. Ada waktu naik, ada waktu turun. Banyak yang papa kongsikan dengan aku tentang apa yang kena buat dan apa yang kita jangan buat bila kita berniaga.
Dahulukan agama dalam segala hal
Pertama papa bagitau kalau kita niaga kita mesti utamakan agama dalam setiap urusan yang kita buat. Paling penting papa cakap, jangan sekali-kali tinggalkan solat. Solat awal waktu secara jemaah.
Sebab kita berniaga ini memang bergantung harap sepenuhnya dengan Allah SWT. Kita tak tahu sama ada jualan kita laku ke tak haritu. Kita kenalah sentiasa minta Allah Taala Tuhan Pemilik Rezeki supaya dipermudahkan segala urusan.
Latih diri supaya sentiasa disiplin
Kedua papa kata, bila dalam berniaga ini kita kena disiplin. Kalau kedai itu kena hari-hari buka. Jangan kita kejap buka kedai, kejap kita tutup. Nanti rezeki itu susah nak masuk. Kerja yang datangkan hasil kita kena buat sungguh-sungguh.
Tapi bila dapat hasil itu bukan sebab usaha kita tu, tapi sebab memang Allah izinkan nak bagi. Jadi kena berserah bulat-bulat dengan Allah SWT. Kemudian kerja lah kuat-kuat untuk capai apa yang kita dah target nak dapat.
Bersyukur dengan rezeki yang diberi
Ketiga papa bagitau dengan aku, kita jangan mengeluh dengan setiap hasil yang kita dah dapat. Paling penting kita kena bersyukur tak kira sikit ke banyak. Sebab papa kata bila bersyukur Allah tambahkan lagi rezeki.
Mungkin kita rasa apa yang kita dapat itu tak cukup, tapi macam mana pun kita tetap kena syukur. Walaupun kita rasa susah time tu, kita kena ingat ada orang yang lagi susah daripada kita. So wajib kena syukur dengan apa yang dah dapat.
Kuatkan semangat
Betul lah kata papa. Bidang niaga ini kita tak boleh nak tau apa yang kita dapat esok hari. Kita memang bergantung sepenuhnya dengan Tuhan. Apa yang paling penting jangan mengalah.
Jangan bersangka buruk dengan setiap takdir yang kita dah lalui. Kena sentiasa semangat, jangan mudah putus asa. Kalau jatuh, kena bangun balik. Buat sampai dapat apa yang kita nak. Jangan usahakan separuh jalan.
Nak dapat apa yang tak pernah dapat, kena berani buat benda yang tak pernah buat.
Artikel menarik untuk anda:
Pengalaman 12 tahun dalam bidang niaga
Ini aku saja lah nak bagitau. Kalau kau rasa berniaga ini susah, kau jangan risau. Pelik tak bila aku cakap macam ini?…... Baca selanjutnya »
Cara mengawal perasaan marah dalam diri
Rasa susah tak kadang-kadang nak kawal perasaan marah? Kita ini manusia biasa. Mesti ada satu timing tu buat apa je rasa tak…... Baca selanjutnya »
Bila dalam kesusahan, keluarga sentiasa ada bersama
Mesti ada antara kita adik beradik yang hidup dia boleh kata senang dan selesa berbanding yang lain. Ada pula sesetengahnya berada dalam…... Baca selanjutnya »
Pesanan kekasih kepada kekasih
awak, cantikkan bulan tu. saya suka sangat bila tengok bulan lama-lama. kalau bulan penuh lagi lah saya suka. rasa tenang dan aman…... Baca selanjutnya »
HAPPY FATHER’S DAY PAPA
Papa.. Papa ingat lagikan masa Abie kecil-kecil dulu, papa bawa Abie pergi Singapura pergi rumah Ongah. Masa itu umur Abie baru 5…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions