3 sebab aku guna minyak wangi

kuat-peluh

Mungkin ada yang nak tau kenapa aku pakai minyak wangi. Haha, seganlah pula aku nak kongsikan perkara ini tapi tak apa lah. Cuma sekadar nak bertukar cerita kan.

Korang pun kalau ada nak kongsikan sebab apa pakai minyak wangi ini boleh lah tulis kat bahagian komen. Setiap orang mesti ada sebab tersendiri kan, tak sama dengan orang lain.

Mudah berpeluh

Pertama aku pakai minyak wangi ini sebab badan aku memang jenis cepat berpeluh. So bila dah cepat berpeluh ini faham-faham je lah kan. Aku sendiri pun jadi rimas.

Dia punya bau tu bila sekali dia datang memang tak best gila. Orang sekeliling pun boleh cepat perasan. Bila pakai minyak wangi memang membantu sangat untuk kurangkan bau yang tak best.

Kurang keyakinan diri

Kedua, aku ini memang seorang yang jenis kurang keyakinan diri. Ada masa aku rasa tak berapa yakin nak buat kerja setiap hari. Kadang macam ada sikit kemalasan yang datang. Haha.

So bila bangun pagi tu lepas je mandi, aku pastikan mandi dengan air sejuk. Biar rasa segar satu badan. Kemudian sebelum pakai baju aku sembur kan minyak wangi dulu. Barulah energy tu datang nak buat kerja.

Jaga hubungan dengan isteri

Ketiga aku guna minyak wangi ini sebabkan isteri aku lah. Aku suka tarik perhatian isteri aku bila dia kat rumah. Ini lebih pada nak bina hubungan rumah tangga lebih bahagialah.

Ada banyak kebaikan yang akan jadi dalam hubungan suami isteri bila kita selalu rasa bahagia antara satu sama lain. Ikatan jadi lagi mesra dan anak-anak pun happy je selalu.

Buat perkara baik

Jadi ini lah antara sebab-sebab aku sendiri guna minyak wangi. Ada banyak lagi sebenarnya tapi ini yang aku sempat kongsikan. Nanti kalau ada yang lain aku kongsikan lagi. Haha.

Apa-apa pun benda baik kita teruskan je buat. Tak salah pun bila suka pakai minyak wangi. Rasulullah SAW sendiri pun suka dengan perkara yang wangi-wangi. Sentiasa jaga kebersihan diri happy selalu ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge