3 sebab kenapa aku dah tak beli air putih kotak-kotak

bottle-mineral-water-bottle-of-water-drinking-water

Dulu aku malas gila kalau nak kena beli air yang berkotak-kotak tu. Asal nak kena beli mengelat. Ada je alasan aku supaya aku tak payah turun pergi beli. Aku pusing sana pusing sini. Sampai lah wife aku dah malas nak layan.

Bukannya apa, aku ada sebab aku sendiri. Tapi tu lah, apa pun sebab tu semuanya alasan yang aku sendiri create. Kali ni aku share apa yang buatkan aku berubah dan taknak beli air yang botol-botol tu lagi dah.

Pertama sebab berat of course lah. Bayangkan 1.5 liter air sebotol, biasanya ada 12 botol dalam tu, berapa puluh liter air sekali nak kena angkat. Berat dia ya ALLAH, siapa yang still lagi boleh angkat botol-botol banyak tu hari-hari memang kuat.

Kedua sebab lif kat rumah aku selalu rosak. Aku duduk tingkat 17 atas sekali. Pernah satu time tu aku dah beli air sekotak, lif boleh rosak pulak. Mengangkat weyh daripada bawah sampai tingkat atas sekali. Ya ALLAH azab gila bukan main berat lagi. Masa tu aku dah fikir sampai taknak dah minum air. Huhu.

Ketiga sebab ada satu hari tu ayah aku pergi beli air kotak ni. Beli 2, satu aku tolong angkat kan. Satu lagi ayah aku angkat. Masa ayah aku angkat bunyi weyh meletop pinggang dia. Terus kena pergi check. Lepas tu aku tak bagi dah ayah aku angkat kotak air tu lagi.

So hati-hati lah geng. Kalau ada yang kena masalah sama macam aku ni, lebih baik cari cara nak selesaikan cepat-cepat. Sebelum jadi lagi melarat. Nak tanya aku pun boleh, aku tolong korang selesaikan masalah ni.

Macam aku sekarang dah tak payah beli air kotak-kotak tu lagi dah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge