3 sebab kenapa bila bisnes sukses, kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata

perhubungan-dalam-perniagaan

adat dalam berniaga, ada masa bila kita jatuh terduduk, masa itu kita akan ada banyak masa untuk muhasabah diri balik kesilapan yang kita dah buat sebelum ni. orang kata bila dah kat bawah baru nak ingat Tuhan. beza bila kita dah ada kat atas. kita akan lupa dengan semua kesusahan yang kita dah pernah lalui sebelum ni. masa ni kita ingat semua yang kita dapat hasil daripada usaha yang kita dah buat sebelum ni.

aku berbeza pendapat dengan orang lain kat sini. bagi aku, kita sebagai manusia memang wajib berusaha untuk dapatkan penghasilan yang kita nak. tapi bila kita dah dapat apa yang kita nak tu, bukan sebba usaha kita tadi tu. tapi memang sebab ALLAH SWT dah izinkan nak bagi ke kita. sebab tu bila dapat apa yang kita nak, tak boleh nak clamp yang tu atas usaha kita. sebab usaha tu memang wajib kena buat sebagai manusia.

jadi bila kita dah sukses, takde lah kita nak menyombong diri ataupun nak berasa megah dengan kejayaan yang kita dah dapat, benda ni penting sangat untuk kita faham. kalau tak percaya tengoklah nanti. macam mana seronoknya syaitan menghasut dan memesongkan lagi dan kaburkan mata kita dengan semua benda-benda yang cantik-cantik dan indah-indah supaya kita lalai dan lupa nak bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang ALLAH SWT dah bagi ke kita setiap hari.

kedua kita kena sentiasa berpijak di tanah supaya kita akan lebih berhati-hati dengan percakapan yang kita keluarkan daripada mulut kita ini. biasalah orang tengah berjaya, kadang-kadang sembang tengah di atas ini tak sama dengan penerimaan orang di bawah yang mendengar ini. sebab tu kita kena sentiasa tengok orang-orang yang susah dan bantu semua orang tanpa memilih-milih kepentingan dan kelebihan apa yang kita bakal dapat.

ketiga dan paling penting, supaya kita boleh minimumkan kebencian orang kat diri kita. takkan semua orang akan senang hati bila tengok kita dah berjaya. akan ada parasit-parasit yang cuba nak jadi penghalang dan batu api dalam apa yang kita buat. betul, dalam hidup ni kita tak boleh nak puaskan semua orang. sebab tu, kita kena jaga perlakuan, dan jangan bersifat berlagak ataupun temberang dengan kejayaan bisnes yang kita tengah usahakan.

macam aku cakap tadi kita takkan boleh puaskan hati semua orang. apa yang kita boleh jaga daripada part kita lah. buat je benda baik, insha ALLAH yang baik-baik je yang akan datang. sebelum kita nak filter dengan siapa kita nak berkawan, cuba cerminkan diri kita sendiri dulu. berapa percent kebaikan yang aku dah buat untuk hari ni, dan macam mana boleh perbaiki lagi sikap ataupun attitude supaya kita jadi orang yang berjaya, dan disenangi oleh ramai orang. insha ALLAH amin yan rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge