Rumah sekarang ini memang susah nak beli. Satu sebab harga mahal, lepas itu kalau nak apply loan susah lepas. Yelah rata-rata pendapatan sekarang ini semua orang bawah 2 ribu ringgit.
Sedangkan rumah kebanyakannya semua sekarang ini dah 3 ratus ribu ringgit. Bayangkan bulanan untuk rumah harga 3 ratus ribu ini cecah 1500 bulan-bulan bergantung dengan berapa interest yang bank charge.
Suami mesti sediakan tempat tinggal selesa untuk keluarga
Tanggungjawab beli rumah ini memang ikutkan terletak kat suami. Sediakan rumah yang selesa untuk keluarga berteduh dah memang jatuh hukum mesti. Lagi-lagi kalau dapat duduk rumah sendiri, bukan rumah sewa.
Mesti lah bayaran bulan-bulan yang kita keluarkan itu memang bayar ke rumah sendiri je. Kebanyakan suri rumah sekarang ini pun memang dah ramai yang bekerja bantu sara keluarga.
Ambil peluang beli rumah kalau ada lebihan pendapatan
Dan ada sesetengah isteri itu yang pendapatan dia boleh tahan lumayan juga kalau dibandingkan dengan suami. Sampaikan ada yang layak untuk beli rumah atas nama isteri itu pula.
Bagi aku tak salah kalau suami dah belikan rumah untuk keluarga dan isteri pun beli rumah guna nama sendiri kalau kata memang mampu. Ada banyak kelebihan bila isteri pun beli rumah juga.
Harga rumah sekarang tak sama dengan harga akan datang
Pertama bila isteri pun ada rumah atas nama sendiri, secara tak langsung isteri itu dah beli aset dia juga. Semua orang tahu yang harga rumah makin lama makin mahal. Jarang ada rumah yang makin murah.
Cuba tanya orang dulu-dulu, rumah yang mereka dah beli dulu itu kan berapa harga dia sekarang? Memang mendadak naik harga. Ini satu kelebihan buat isteri itu sendiri kalau nak jual rumah itu kemudian hari.
Jangan bazirkan duit lebihan untuk perkara yang tak berfaedah
Kedua bila isteri ada rumah sendiri, sekurang-kurangnya isteri tak belanjakan duit lebihan yang mereka dapat itu untuk beli barang-barang yang tak berfaedah dan merugikan.
Isteri boleh guna duit lebih itu cantikkan rumah itu dengan dekorasi yang mereka nak. Bila rumah dah cantik terpulang sama ada nak buat duduk-duduk hujung minggu ataupun nak sewakan dengan harga yang lebih baik daripada sebelum ada barang.
Beli rumah dulu, baru beli kereta
Ketiga, kebiasaannya isteri lebih tertarik untuk ada kereta yang cantik. Sedangkan semua orang tau kereta ini lama-lama harga dia akan jadi lebih murah. Dan orang yang dah beli kereta susah loan dia nak lulus bila beli rumah.
Jadi bila seorang isteri itu beli rumah dulu, dia sebenarnya dah berjaya mengelak daripada membuat pembelian kereta yang harga dia makin lama makin murah itu. Kereta bila-bila pun boleh beli, sediakan 10% downpayment, insha Allah loan lulus.
Pelaburan jangka masa panjang
Beli rumah ini memang jadi impian semua orang. Kalau kata betul memang ada rezeki nak beli, janganlah lepaskan peluang itu. Masa muda ini masa yang terbaik untuk kita kumpul aset.
Bila dah tua nanti senang kita sendiri dengan anak-anak. Rumah kalau taknak duduk boleh sewakan. Bila sewa itu kurang-kurang tak memikir sangat pasal bayaran bulanan bank.
Bayar je lah dengan duit sewa itu kan.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS JANA SIDE INCOME BELI RUMAH PERTAMA
Hari ini aku nak share pasal satu topik yang kebanyakan orang muda memang suka sangat. Kira macam aku berkongsi pengalamanlah. Apa yang…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa kena guna pelembut baju wangi
Dulu masa aku sekolah menengah, aku tinggal dekat asrama. Kehidupan kat asrama ini memang tak sama macam kita tinggal kat rumah sendiri….... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa rumah cepat berhabuk
Masalah habuk ini memang boleh buat kita yang duduk dalam rumah ni cepat rasa tak selesa. Kena pula bila kita boleh perasan…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa perempuan suka lelaki wangi
Masa aku tengah mandi petang tadi, tiba-tiba ada soalan keluar dalam kepala aku. Entah kenapa aku terfikir, kenapa perempuan suka lelaki yang…... Baca selanjutnya »
3 langkah kena ambil berat sebelum beli minyak wangi atas talian
Kebelakangan ini, bukan setakat aku seorang je, aku rasa semua orang pun pernah beli barang melalui atas talian. Tak kisah lah sama…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions