3 sebab kenapa kena beli Honda City 2020

kat-roadshow-sunway

lain orang lain citarasa. tapi bagi aku, bila pertama kali nampak kereta honda city 2020 baru ni masa dorang buat road tour pertama dekat sunway pyramid tu memang terus buat aku jatuh cinta. walaupun masa tu kereta ni atas lori je pun hahaha.

aku ingat lagi masa tu kereta ni tak boleh nak tengok bahagian dalaman dia sebab dorang tinted hitam habis terus. so cuma boleh pegang-pegang, rasa-rasa, picit-picit bahagian body dia je lah. fuh, memang meremang bulu roma kalau ingat balik momen tu.

hari pertama bertentang mata

kenapa kena beli kereta ni? pertama bagi aku dah tentu sebab reka bentuk dia yang sporty dan sesuai untuk orang usia pertengahan 30-an macam aku ni. takde lah design dia tu nampak macam kita bawak kereta ayah kita haha. design kereta ni memang main peranan juga tau.

sebab kalau tak sesuai dengan umur nanti buatkan kereta tu nampak pelik bila kita bawa. tapi macam honda city 2020 ni tak kisah orang yang dah berumur ke orang yang muda ke, dia boleh suit dengan setiap peringkat umur. nak ranggi lagi boleh modified tambah skirting yang lagi mantap.

cantikkan?

kedua dah tentu lah sebab harga dia. untuk kereta jepun yang harga below 100k ni bagi aku honda city 2020 ni antara kenderaan yang paling berbaloi untuk kita beli. kalau kita bayar downpayment 10% daripada harga kereta, bulanan kita akan jadi below 1k kalau ikut interest sekarang ni.

so kita boleh ada lebihan duit untuk kita ambil kira kos selenggara dan kos baik pulih kenderaan ni. untuk kereta segmen b, harga below 1k bulanan memang dah okay sangat dah. tinggal lagi korang pilih nak kereta warna apa je hahaha. semua colour pun lawa.

wife pun minat

yang ketiga dah tentu lah resale value kereta ni. kereta honda city ni memang ada peminat dia sepanjang zaman. daripada model yang pertama sampai lah model yang terbaru ni. sentiasa ada follower dia yang support dan ambil tahu perkembangan model ni.

even ada yang aku tanya nak beli kereta honda city 2020 ni sebab nak trade in kereta honda city yang lama. see??? still nak ambil honda city juga. dan dia tak payah nak susah-susah cari buyer untuk honda city yang lama sebab dah memang ada peminat dia nak beli.

okay lulus mem besar kata hihi

so ni pendapat aku lah kenapa orang nak sangat beli honda city 2020 ni. bagi aku, kereta ni memang dah perfect luar dalam, dan after sales honda pun orang dah kenal antara yang terbaik daripada segi layanan customer dorang kat mana-mana branch dalam malaysia.

so memana yang still dalam dilema nak ambil ke tak nak ambil kereta ni kan, korang percayalah cakap aku. pergi ambik kunci kereta sekarang, start enjin dan pergi memana showroom honda terdekat dan tengok sendiri betapa baeknya kereta ni. korang mesti balik tidur malam tak lena. mana yang boleh test drive lagi untung lah hihi.

oh ya, kalau nak aku rekemenkan sales advisor honda masa aku beli haritu pun boleh. pm je aku kat whatsapp ni ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge