3 sebab kenapa kena guna pelembut baju wangi

pakaian-kena-kerap-basuh

Dulu masa aku sekolah menengah, aku tinggal dekat asrama. Kehidupan kat asrama ini memang tak sama macam kita tinggal kat rumah sendiri. Mula-mula itu memang kekok sikit.

Bila dah jadi kebiasaan, kau dah tak kisah sangat dah tentang perbezaan persekitaran itu. Ada banyak yang kau selalu buat kat rumah tapi agak susah nak buat kat asrama.

Buat kerja asal boleh saja

Salah satunya bila kau basuh baju, memang kau jarang nak guna pelembut baju. Asal sabun je, settle semua. Kadang kalau takde sabun basuh baju, sabun badan pun kau bedal. Haha.

Kali ini aku share kenapa kita bukan setakat kena sabun je baju yang kita basuh, tapi kita kena gunakan pelembut baju sekali. Memang tak lah nak guna pelembut baju masa kat asrama. Hehe.

Baju bertambah wangi

Pertama, bila kau guna pelembut baju ini, dah tentu baju yang kau basuh tu akan lebih wangi. Kadang kalau kau perasan, setakat sabun je takkan buatkan baju tu bau best.

Ada setengah sabun tu memang langsung tak berbau. Sabun tu kalau duk dalam kotak, kau still cium bau wangi lagi. Okay je bau dia tapi bila dah buat basuh pakaian terus hilang dah bau.

Bau tahan lebih lama

Kedua, ini yang aku rasa sendiri. Aku ini jenis kuat berpeluh. Kena pula kalau kawan-kawan ajak bersukan main bola ke, memang baju aku akan basah kuyup. Siap boleh perah lagi.

Tapi bila aku guna pelembut baju, baju aku still lagi tak terlampau berbau peluh sangat. Masih bau lagi wangi itu. Kalau basuh baju tak guna pelembut, memang lari lah siapa yang datang dekat dengan aku waktu itu.

Rumah terasa lebih harum

Ketiga aku ini jenis basuh baju dan sidai dalam bilik. Yelah, duduk apartment yang takde koridor ini kat mana lagi nak sidai baju. Nak guna pengering baju, satu hal nak beli.

Dah tentu bil elektrik rumah pula melambung. Jadi bila aku sidai baju yang dah siap berpelembut ini dalam rumah, aku perasan yang satu rumah aku ini bau wangi. Haha betul ini aku tak tipu.

Kalau aku sidai waktu pagi baju-baju aku, kadang sampai ke petang rumah aku masih bau wangi. Bila balik kerja penat, lepas itu buka pintu rumah bau wangi, memang rasa tenang je.

Keluarga bertambah gembira

So, ini antara sebab aku gunakan pelembut bila aku basuh baju. Macam aku cakap tadi, kalau masa bujang duduk asrama dulu, memang tak guna pun takpe kan. Tak kisah sangat bau wangi ini.

Tapi bila dah berkeluarga, kau bukan basuh baju kau seorang. Nak basuh baju isteri, basuh baju anak-anak lagi. Bila mereka ini happy baju masing-masing wangi, kau pun akan happy juga. Isteri pun makin sayang kat kau.

Serius ini aku tak tipu. Tak percaya cuba buat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge