Dunia bisnes ni memang mencabar. Salah jumpa orang tak pasal-pasal boleh melingkup bisnes yang kita tengah duk buat. Ada yang kita nampak macam nak tolong kita padahal nak aniaya kita.
Ada yang nampak macam nak ambil kesempatan tapi rupa-rupanya dia sanggup sampai tikam belakang kita. Sebab tu kita kena sentiasa hati-hati dengan siapa kita berkawan dan bergaul. Banyak kebaikan kalau kita tak salah pilih kawan.
Pertama sekali kita akan jadi cepat belajar bila kita ada buat kesilapan dan senang orang nak tegur kita. Sebab kawan yang baik akan sentiasa tak duduk diam bila tengok orang yang dia kenal dalam kesusahan.
Kedua, yang bestnya bila ada kawan yang baik ni, diorang sentiasa ada dan bagi support bila kita tengah down. Kadang masalah yang datang tu bukan disebabkan bisnes, tapi diorang sanggup kongsikan penyelesaian untuk setiap kesusahan yang kita tengah lalui.
Ketiga kawan yang baik ni jugalah yang akan sentiasa pastikan kita dalam mood dan suasana berniaga yang bersemangat walaupun ada dugaan dan cabaran datang tak diduga. Diorang sentiasa mahu jadi yang terbaik dan akan pastikan semua orang juga jadi yang terbaik.
Dengan siapa kita bergaul setiap hari, yang akan tentukan kita ni jadi orang yang macam mana nanti. Salah satu rezeki yang ALLAH Taala kurniakan kepada setiap hambaNya sentiasa taat dan takut melakukan dosa bila selalu berdamping dengan orang yang baik-baik.
Apa saja yang berlaku dalam perjalanan hidup kita ni, ada banyak part yang kita boleh belajar dan perbaiki setiap kali kita buat kesilapan. Tak pernah sekali pun kita terlambat untuk betulkan keadaan balik walaupun sebelum ni kita dah buat silap.
Yang salah tu bila kita sendiri pura-pura taknak tahu.
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa kena tenang bila kita buat sales?
Bila kelam kabut buat kerja, kita akan cepat hilang fokus. Ni bahaya bila kita buat sales. Sebab apa? Kalau kita dah hilang…... Baca selanjutnya »
Support lah sikit bila kawan berniaga
Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa bila bisnes sukses, kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata
adat dalam berniaga, ada masa bila kita jatuh terduduk, masa itu kita akan ada banyak masa untuk muhasabah diri balik kesilapan yang…... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa kena guna pelembut baju wangi
Dulu masa aku sekolah menengah, aku tinggal dekat asrama. Kehidupan kat asrama ini memang tak sama macam kita tinggal kat rumah sendiri….... Baca selanjutnya »
3 sebab kenapa isteri pun kena beli rumah juga
Rumah sekarang ini memang susah nak beli. Satu sebab harga mahal, lepas itu kalau nak apply loan susah lepas. Yelah rata-rata pendapatan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions