3 sebab kenapa kena tulis perkara yang positif dalam media sosial

paper-office-background-blog-blogger-browsing

Bila aku baca posting-posting dekat media sosial sekarang ni, aku jadi takut semacam. Yelah, bila tulis benda yang baik-baik orang tak kisah sangat. Sebab cerita yang baik-baik ni memang boleh bantu bagi motivasi dekat ramai orang. Tapi sekarang ni banyak dah tak buat macam tu.

Media sosial jadi tempat untuk meluahkan perasaan. Sampai ada yang sanggup boleh maki hamun orang yang ada dalam tu semata-mata untuk puaskan hati sendiri dan dalam masa yang sama nak jatuhkan air muka orang yang dah buat salah dengan kita tu dengan harapan dia baca posting kita.

Tak elok buat macam tu sebenarnya. Kalau ikutkan memang media sosial tu kita yang punya, tapi jangan sampai jadi tempat untuk kita hentam orang yang kita tak suka. Pertamanya kita jangan buat macam ni supaya kita tak tarik lagi ramai orang benci kat kita.

Bila kita tulis benda-benda yang negatif, akan ramai orang yang akan tak suka dengan posting kita. Mungkin orang terdekat yang tahu, dia akan suka sebab dia sentiasa support kita. Tapi cuba pula orang yang tak kenal kita baru nak buka fb kita. Mau terperanjat member jumpa makian dan cacian yang korang semua tulis kat dalam notes.

Kedua, penulisan yang baik ni dalam masa sama boleh bantu orang lain yang tengah hadapi masalah supaya dorang dapat idea macam mana nak selesaikan masalah dorang. Bila kita tulis benda-benda yang boleh bantu selesaikan masalah orang, secara tak langsung orang akan berterima kasih kat kita balik.

Sebab kita dah bantu dia secara kita tak langsung. Masa ni perhubungan antara kita dengan dia dah terbina walaupun kita tak pernah kenal dia sebelum ni. Barulah orang akan menghargai setiap apa yang kita tulis lepas ni tak kisahlah kita nak tulis kat mana pun. Kat fb ke ig ke linked in ke mana-mana media sosial pun lah.

Paling penting sebenarnya kita kena tulis yang baik-baik ni supaya penulisan kita ni boleh bantu untuk naikkan saham akhirat kita nanti. Suka atau tak, setiap apa yang kita tulis dan kita posting itu nanti akan dinilai oleh malaikat pencatit amalan. Sebab tu kita tak boleh sembarangan tulis, lagi-lagi kalau kita tulis tu benda yang fitnah ataupun salah. Berdosa besar.

Nanti kita akan disoal atas apa yang kita dah tulis kat atas dunia ni. Hati-hati lah selalu sebelum kita nak menulis apa-apa posting lepas ni. Sentiasa akan ada orang yang suka dan tak suka apa yang kita tulis. Paling penting kita tulis je lah benda yang baik-baik, kalau orang dah tak suka juga kita tak boleh nak cakap apa-apa dah. Yang penting kita buat bahagian kita sebaiknya.

Macam tu lah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge