3 sebab kenapa perempuan suka lelaki wangi

lelaki-hebat-sentiasa-bersedia

Masa aku tengah mandi petang tadi, tiba-tiba ada soalan keluar dalam kepala aku. Entah kenapa aku terfikir, kenapa perempuan suka lelaki yang bau badan dia wangi.

Aku tak tau nak tanya siapa, kebetulan bini aku tengah lepak main telefon atas katil bilik. Aku keluar je daripada bilik air terus tanya bini aku kenapa perempuan suka lelaki wangi ye?

Mudah didekati

Tau jawapan bini aku apa. Pertama dia kata, perempuan suka lelaki wangi sebab mudah dan cepat selesa dengan orang yang wangi ni. Perempuan ni naluri dia lain sikit.

Bila lelaki tu badan dia bau tak best, automatik akan buatkan perempuan jadi turn off nak dekat dengan lelaki tu apa lagi nak berborak lama. Memang perit lah hidung nak tahan bau.

Lebih berketerampilan

Kedua bini aku bagitau lelaki wangi ni buatkan seseorang itu nampak lebih teratur hidup dia dan kemas. Walaupun tak tau orang itu macam mana life dia bila kat rumah.

Tapi bila badan dia bau wangi itu maksudnya dia memang dah ready dengan apa yang dia nak tempuh dalam hidup dia hari ini. Nampak lebih berkeyakinan dan dapat penghormatan yang tinggi daripada kaum wanita.

Penyejuk hati

Yang ketiga bini aku cakap lelaki yang wangi buatkan hati perempuan cepat cair walaupun dalam keadaan yang tengah marah. Padahal ni tengah meluap-luap ni marah dengan lelaki tu.

Tapi bila berdepan je dengan pasangan tengah gaduh contohnya dan tercium bau wangi kat lelaki, hilang terus rasa nak marah. Terus jadi seorang yang normal dan boleh mula tolak ansur.

Wajib ada satu

So lepas ini kalau rasa macam masih berkira-kira nak beli minyak wangi satu, kena pertimbangkan balik lah. Tak semestinya nak kena beli minyak wangi yang mahal.

Ada banyak je minyak wangi yang murah-murah. Boleh je beli satu standby dalam bag. Mungkin akan ada beza daripada segi ketahanan bau dia, tapi apa de hal. Spray je lah banyak kali. Haha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge