3 sebab kenapa rumah cepat berhabuk

tak-tahan-dengan-habuk

Masalah habuk ini memang boleh buat kita yang duduk dalam rumah ni cepat rasa tak selesa. Kena pula bila kita boleh perasan habuk itu duk tengah terbang-terbang kat udara.

Rasa geram semacam je. Ini antara sebab utama yang buatkan rumah kita mudah terdedah dengan habuk halus yang tak nampak ini. Kalau kulit jenis sensitif, memang gatal habis bila kena.

Penggunaan kipas siling di dalam rumah

Macam yang kita tau, antara penyebab utama yang buatkan rumah kita cepat berhabuk ialah disebabkan penggunaan kipas silang. Perasan kan kat kipas siling itu selalu melekat habuk.

Nak tak nak, kita memang kena kerap bersihkan kipas siling ini supaya sentiasa dalam keadaan bersih. Barulah habuk-habuk ini tadi tak berkumpul semua kat kipas itu lama-lama.

Kedudukan rumah yang berdekatang dengan jalan raya

Kedudukan rumah yang dekat dengan jalan raya pun boleh menyebabkan rumah kita penuh dengan habuk. Lagi banyak kereta yang duk lalu lalang, lagi lah cepat habuk itu masuk dalam rumah.

Cara nak atasi masalah ini kena sentiasa tutup tingkap yang dekat dengan jalan raya itu. Lepas itu kita buka lah bahagian tingkap lain yang tak mengadap jalan raya.

Jangan tutup semua tingkap, bahaya kalau takde aliran udara keluar masuk yang baik dalam rumah.

Tinggal di kawasan pembinaan

Ini memang tak boleh nak elak. Kalau dah kata rumah itu dekat dengan tapak binaan, tak boleh nak buat apa lah. Memang kena bertabah kalau tengah berdepan dengan situasi ini.

Sebab rumah yang berada dalam kawasan pembangunan memang terdedah dengan masalah habuk yang teruk sangat. Aku pernah alami situasi macam ini. Tebal-tebal weyh habuk dia.

Sentiasa ambil berat dengan tahap kebersihan

Apa-apa pun kena sentiasa pastikan rumah kita dalam keadaan bersih selalu. Andai kata memang tengah alami masalah rumah berhabuk ini, kena sentiasa jadi rajin daripada sebelum ini.

Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Ada sesetengahnya memamg sensitif dan tak boleh kena habuk sikit. Pantang kena mesti cepat sakit. Sebagai ibu bapa kena berikan perhatian yang lebih ya dekat mereka.

Semoga dipermudahkan hendaknya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge