3 sebab suami gembira bila berada di rumah

habiskan-masa-bersama

Ha.. Ini rahsia yang saya nak kongsikan dekat semua isteri yang memang kalau boleh nak suami itu berkepit je kat rumah. Terus terang saya bagitau, nak bagi suami ini melekat je dengan kalian tak susah pun sebenarnya. Ikutkan suami ini lah orang yang paling senang nak dijaga haha.

Dia punya permintaan tak complicated mana pun. Cuma kadang dia segan nak bagitau dengan isteri. Takut nanti isteri kecil hati pula. Isteri-isteri semua boleh follow apa yang saya bagitau ini. Insha Allah lepas ini boleh perasan perubahan dalam tingkah laku suami.

sentiasa mahu luangkan masa bersama

Masak yang sedap-sedap

Pertama sekali, memang betul apa yang orang-orang dulu cakap. Nak pikat hati suami ini daripada perut dia dulu. Percayalah cakap saya, kalau isteri kat rumah masak sedap-sedap, mesti dia takkan makan kat luar punyalah. Sampai satu tahap suami sampai taknak makan kat luar.

Andai kata isteri tak berapa mahir nak masak, jangan risau. Sekarang ini nak belajar masak dah tak susah pun. Pergi je kat youtube, ada banyak tutorial masakan yang dorang ajar. Boleh cuba masakan yang simple-simple dulu. Air tangan isteri ini memang lain macam tau.

pikat suami dengan masakan

Sentiasa cantik di mata suami

Kedua, bila kat rumah itu, isteri kenalah sentiasa nampak cantik di mata suami. Bukannya nak kena pakai make up tebal-tebal pun, kadang pakai baju kemeja suami sendiri pun dah boleh buat mereka rasa gembira sangat. Mesti ramai yang tak pernah buat kan?

Lepas ini boleh cuba. Kalau boleh janganlah main belasah je pakaian kat rumah itu. Kalau kita keluar kat rumah cantik-cantik sebab nak jumpa orang yang tak kenal, bila nak berdepan dengan suami kena lah 2 kali lagi cantik. Betul tak? Suami sendiri kan, bukan orang lain hihi.

selalu cantik di mata suami

Rumah sentiasa bersih

Ketiga dan paling penting sekali, kenalah sentiasa pastikan rumah itu dalam keadaan bersih. Bila rumah cantik, mata pun sedap memandang. Kalau kata ada nak beli barang-barang dalam rumah, nak hias macam dalam katalog itu ke, bagitau je dengan suami.

Bincang barang apa yang patut beli dan patut tak beli. Bila dah planning, bajet pun dah boleh susun elok-elok. Suami okay je kalau kata isteri dia dah ada rancangan yang terbaik. Saya dengan isteri pun baru lepas balik daripada Ikea hari ini. Beli barang-barang sikit untuk rumah.

rumah sentiasa bersih dan kemas

Berkongsi pengalaman

Cuba tips yang saya kongsikan ini. Insha Allah lepas ini suami mesti lagi rasa happy dan tak sabar-sabar nak balik rumah. Bukan setakat balik, nak keluar pun dah rasa malas. Actually saya sendiri pun kalau takde kepentingan sangat, memang saya duduk rumah saja.

Kalau nak keluar pun saya akan ajak isteri dan anak-anak sama. Melainkan kalau nak jumpa pelanggan saja baru saya keluar sendiri. Itupun lepas dah jumpa terus balik. Kadang bila ada rezeki bawa balik sales, saya siap tapaukan lagi makanan yang mereka suka.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge