3 sikap lelaki ambil kesempatan daripada penggunaan minyak wangi

sentiasa-dalam-pemerhatian

Perangai seorang lelaki ini tak boleh nak teka. Setiap orang perwatakan dia berbeza. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Susah sebenarnya nak faham tentang seorang lelaki.

Lebih-lebih lagi belum betul-betul kenal rapat. Apa pun sentiasa berhati-hati supaya tak terkena jerat yang tak disangka-sangka. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Menarik perhatian sebelum merebut peluang

Pertama, ada lelaki yang gunakan minyak wangi untuk tarik perhatian dan cuba memikat wanita yang disukai. Mengkaji terlebih dulu apa kesukaan perempuan itu.

Wanita mudah tertarik dengan bau-bauan yang wangi daripada pemakaian seseorang lelaki terutama bau yang mereka suka. Bila hati berjaya ditawan, tentu akan ada langkah seterusnya.

Menunjukkan kehebatan diluar kemampuan ramai orang

Kedua, ada lelaki yang menggunakan minyak wangi untuk menunjukkan yang mereka ini ada duit. Minyak wangi bukan semuanya murah. Ada yang sampai beribu ringgit harga sebotol minyak wangi.

Beli minyak wangi mahal itu tak salah. Tapi sikap menunjuk-nunjuk itu memang tak baik. Semestinya ada udang di sebalik batu. Berhati-hati selalu bila berdepan.

Menghadiahkan kepada orang yang bukan sepatutnya

Ketiga minyak wangi itu sendiri dijadikan alat menarik perhatian kaum wanita. Menghadiahkan kepada seseorang perempuan itu dengan minyak wangi yang mereka suka.

Mungkin tak jadi masalah andai kata sama-sama masih belum berpunya. Tetapi pemberian minyak wangi kepada pasangan orang tentu menjadi tanda tanya. Apa-apa pun bergantung pada niat dan situasi.

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain

Apa yang lebih penting sebenarnya dalam dunia ada macam-macam jenis orang lain-lain perangai. Jangan selalu mendedahkan diri dengan perkara-perkara yang boleh menjurus kepada sesuatu keadaan yang tak baik.

Pilihan sentiasa ada di tangan. Jangan sekali-kali melanggar batasan dan letakkan penghormatan yang tinggi dalam memberi tanggapan kepada seseorang. Awas!

Dilarang mengkhianati kebaikan orang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge