Isteri ini memang teliti. Tak kisah lah daripada segi apa pun. Daripada sekecil-kecil perkara sampai lah ke sebesar-besar perkara. Mesti dia akan pastikan semuanya jadi baik dan sempurna.
Kali ini aku kongsikan 3 situasi, andai ada suami yang sedang alami, banyakkan sabar ya. Kita lelaki ini bukannya susah pun. Paling kurang kena tunggu sekejap sementara mereka yang buat kerja.
Semasa membeli barang
Ini memang tak boleh nak nafikan. Bila waktu beli barang ke, shopping kat mall ke, isteri memang ambil masa yang lama sikit untuk memilih sesuatu yang mereka mahu. Janganlah frust atau kecewa ya.
Biasanya isteri ini kalau boleh nak beli barang yang kualiti baik dan harga yang berpatutan. Jadi mesti ambil masa sikit bila nak kena pilih. Pergilah cari kerusi kat memana. Duduk sekejap, bukan susah pun kan.
Semasa sedang bersiap
Bila waktu nak bersiap, memang ada sesetengah isteri yang ambil masa lama sikit nak dandan diri supaya penampilan lebih nampak menarik dan tak lah terlalu selekeh ataupun terlalu santai.
Jadi bagi lah mereka masa untuk bermake up ke atau nak pilih baju yang cantik. Bukan untuk orang lain, untuk suami sendiri juga. Kita pun mesti suka bila isteri dalam keadaan bersedia andai kata jumpa orang kat luar nanti.
Semasa lambat masak
Isteri, kalau dia masak ada masa lambat siap. Kadang kita yang menunggu pun sampai boleh kenyang dibuatnya. Tapi bukan ke air tangan isteri itu yang paling terbaik dan tak dapat kat mana-mana.
Apalah salahnya kalau isteri masak lama sikit tapi bila dah siap masak itu, kita suami ini makan sampai 3 pinggan menambah-nambah. Kan ke happy bila makanan itu sedap, betul tak? Nak buat kerja pun jadi lebih bersemangat.
Hargai isteri
Percayalah setiap isteri sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk suami dia. Kalau bukan suami tempat dia curahkan segala kasih dan sayang nya, siapa lagi bukan? Berlapang dada lah para suami.
Seorang suami yang sentiasa sabar dalam menjaga hati isterinya dipandang tinggi dan dihormati oleh mereka. Isteri ini bukan lah minta emas permata intan payung sangat pun.
Sekadar diri difahami dan dihargai saja sudah cukup buatkan perasaan mereka terbang ke awang-awangan.
Artikel menarik untuk anda:
Suami yang selalu belanja isteri insha Allah sentiasa di murahkan rezeki
Aku memang setuju dengan statement ni. Aku tak tau kalau ada yang tak bersetuju. Bagi aku, tak salah pun kalau kita selalu…... Baca selanjutnya »
3 kesalahan suami buat isteri terus mengamuk
Bila dalam hubungan suami isteri ini, kau kena sentiasa jaga hati isteri kau. Jaga yang aku maksudkan ini, betul-betul jaga tau. Bukan…... Baca selanjutnya »
Isteri suka bila suami guna minyak wangi
Betul, aku tak tipu. Isteri memang suka sangat kalau laki dia pakai minyak wangi. Tak kisah lah pakai dalam rumah ke ataupun…... Baca selanjutnya »
3 ciri suami sejati idaman para isteri
Ramai lelaki di luar sana yang menyangka seorang wanita itu menginginkan suami yang stabil dalam kerjaya, punya kewangan yang kukuh, dan memiliki…... Baca selanjutnya »
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri
Dia macam ini, kalau kata gaduh dengan suami, janganlah terus hentam suami tu cukup-cukup. Kesian kat si suami tu. Apa je tak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions