3 tanda-tanda suami gembira berada di rumah

ikatan-bahagia

Isteri wajib baca sampai habis. Senang je sebenarnya kalau kita nak tau suami ini dia happy ke tak bila kat rumah. Mana-mana pasangan berkahwin mesti nak selalu habiskan masa bersama.

Kalau kata suami ada 3 ciri-ciri yang saya kongsikan ini bermakna dia memang tengah bahagia dengan isteri dan keluarga. Bagi suami keluarga adalah segala-galanya, syurga terindah.

suami sentiasa tidak sabar mahu pulang berjumpa isteri

Balik kerja awal

Pertama bila suami keluar bekerja dia mesti tak sabar nak balik awal. Dalam kepala suami kalau boleh time itu juga nak balik. Dia takde fikir nak pergi tempat lain ke, atau nak jalan kemana-mana.

Kalau kata dia ada kerja lagi tak habis dan kerja itu dia boleh siapkan kat rumah, mesti dia akan bawa balik je. Dia tak ada rasa nak duduk office lama-lama sebab dia tau isteri kesayangan tengah tunggu.

isteri sentiasa didalam hati

Suka hias rumah

Kedua bila kat rumah itu ada saja perkara yang dia nak buat. Maksudnya suami takde rasa nak terbungkang tidur je kerja. Setiap hari dia akan fikir macam mana nak bagi rumah dia sentiasa kelihatan cantik.

Dia akan bersihkan semua sampah dah habuk yang ada dalam rumah. Lepastu dia mesti nak bertukang bagi rumah dia nampak kemas dan menarik. Suami memang tengah seronok sangat duduk rumah dengan isteri.

setiap masa hanya fikirkan isteri di rumah

Malas keluar malam

Ketiga tak boleh nafikan ada masa memang suami akan keluar malam nak lepak dengan kawan-kawan tengok bola. Tapi takdelah setiap kali malam je nak keluar. Ada itu sampai hari-hari.

Cuma bila dia dah gembira kat rumah itu dia akan keluar bila betul-betul penting. Dia lebih prefer tengok bola kat rumah ataupun main games je. Tak pun layan movie sampai tertidur.

sentiasa rasa bahagia bila bersama

Peranan seorang isteri

Kalau suami ada tanda-tanda macam ini maksudnya dia memang tengah happy duduk rumah. Tahniah kepada isteri sebab mainkan peranan yang baik untuk jaga hubungan dengan suami.

Bukan senang nak cetuskan suasana yang tenang dan bahagia dalam rumah. Cuma percayalah, bila ikatan kasih dan sayang terjalin dengan erat, setiap detik setiap saat itu sangat bermakna untuk dinikmati bersama.

Berbahagialah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge