Saya sendiri baru sedar sekarang ini betapa pentingnya kita meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak. Perintah kawalan pergerakan yang kita sedang lalui sekarang ini buatkan saya rasa bersalah selama ini terlalu sibuk dengan perniagaan yang diuruskan.
Bukanlah tak pernah langsung keluar ke mana-mana sebelum ini, cuma kebiasaannya saya sendiri memilih untuk bawa mereka berjalan setakat di taman permainan ataupun ke pasar raya yang berdekatan sahaja. Sekarang ini bila lama duduk dirumah buatkan saya rasa teringin sangat bawa anak keluar bercuti.
Kali ini saya kongsikan 3 tempat yang saya dah rancang untuk bawa anak-anak saya bercuti bila keadaan di negara kita telah pulih semula daripada wabak yang sedang melanda sekarang ini. Mungkin boleh memberi idea kepada yang alami situasi dilema seperti saya juga.
Bercuti ke pusat peranginan tepi pantai
Pertama, apa yang ada dalam fikiran saya sekarang ini, saya nak bawa anak-anak pergi bercuti ke pulau ataupun pantai yang dekat dan tidak terlalu jauh daripada bandar Kuala Lumpur. Ada beberapa pilihan tempat yang saya nak sangat bawa mereka. Salah satunya pergi ke Lexis Hibiscus di Port Dickson ataupun Avani Goldcoast Resort di Sepang.
Saya pernah pergi ke Lexis Hibiscus sebelum ini dan pengalaman berada disana memang saya tak dapat lupakan sampai sekarang. Suasana yang tenang, aman dan damai dah tentu sesuai buat keluarga yang mahu lupakan kesibukan suasana di bandar raya ataupun merehatkan badan selepas penat bekerja siang dan malam.
Merasai kesejukan di tanah tinggi
Kedua dah tentu pilihan yang paling menjadi destinasi popular dalam negara iaitu bercuti di pusat peranginan tanah tinggi. Dua tempat yang memang tak asing dalam kalangan kita mana lagi kalau bukan Genting Highland dan Cameron Highland. Setiap hari saya dapat melihat dengan jelas lampu-lampu indah menerangi Genting Highland melalui tingkap bilik saya.
Namun suasana berada di sana, dengan kesejukannya yang menggigit hingga ke tulang dah tentu berikan pengalaman yang istimewa buat saya dan anak-anak apabila kami ke sana nanti. Mereka belum pernah lagi ke Genting Highland namun ke Cameron Highland sudah beberapa kali sebelum ini dengan atok dan oma mereka.
Bermain dengan sepuas-puasnya
Ketiga dan sudah tentu tempat yang saya memang teruja sangat nak bawa anak-anak ialah ke Legoland di Nusajaya Johor. Ini salah satu tempat yang saya memang dah letak dalam dream board saya sejak awal tahun lagi namun disebabkan kekangan masa dan kewangan menyebabkan kami terpaksa tangguhkan dulu hasrat.
Namun sudah pasti selepas tamat tempoh berkurung dan boleh kembali semula ke kehidupan yang asal sebelum ini, saya akan bawa anak-anak ke sini. Sejak tahun lepas lagi mereka sudah suarakan hasrat dan selalu melihat video-video di Youtube tentang suasana dan persekitaran di Legoland Malaysia yang sangat meriah dan menghiburkan.
Hikmah disebalik segala kejadian
Bagi pendapat saya sendiri, apa saja dugaan dan cabaran yang berlaku dalam hidup, pertama sekali kita kena selalu bersangka baik dengan Allah SWT. Setiap apa yang terjadi sudah tentu ada hikmah di sebalik dia. Kita sebagai seorang muslim wajib percaya bahawasanya Tuhan tidak akan memberati umatnya dengan satu-satu dugaan yang dia tak dapat nak tanggung.
Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran baik dan sempurna perlu sentiasa melihat sesuatu kejadian itu daripada sudut yang positif. Mungkin ini masa yang terbaik untuk kita muhasabah dan perbaiki diri balik supaya kita boleh jadi seorang manusia yang hebat dan sentiasa berserah diri dengan apa sahaja keadaan yang menimpa.
Kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah bagi sesiapa yang sentiasa mahu bersyukur. Wallahualam.
Artikel menarik untuk anda:
AKTIVITI MENARIK BERSAMA ANAK-ANAK
Masa aku belum ada anak, aku selalu bayangkan macam mana sebenarnya kehidupan jadi seorang ayah ini. Sama je macam aku masih bujang,…... Baca selanjutnya »
Sibuk macam mana pun, sekali sekala bawa lah isteri pergi dating
aku perhatikan pasangan yang dah berkahwin zaman sekarang ini terlampau sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. yelah, mungkin zaman ekonomi yang tengah mencabar…... Baca selanjutnya »
FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI
Lepas balik dari pejabat tadi, rasa nak lepak minum air dengan kawan. Nak hilangkan dahaga dan ambil udara segar lepas seharian bertungkus…... Baca selanjutnya »
Karpet dalam rumah tempat pengumpulan habuk yang mujarab
Kalau sekali imbas baca tajuk ini mungkin kita rasakan yang bagus kalau ada satu karpet dalam rumah untuk pastikan semua habuk berkumpul…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions