Selama ini kita hidup dengan pasangan, pernah tak kita tanya dengan dia, sepanjang bersama ini ada tak apa-apa yang dia sendiri tak suka kita buat. Mungkin daripada segi tingkah laku, pertuturan atau apa saja.
Biasalah kita ini kan manusia, kadang ada perkara yang berlaku disebabkan tindakan luar sedar. Mungkin yang baru berkahwin belum mengalami fasa ini. Masih lagi dalam fasa bulan madu di awan biru.
Situasi pelik yang selalu jadi teka teki
Bila pernikahan itu dah berjalan beberapa tahun, masa ini barulah masing-masing mula tunjuk perangai, sifat dan peribadi yang sebenar. Susah sebenarnya kita nak faham tentang hal ini.
Mungkin sebab perasaan, mood dan kasih sayang itu boleh berubah naik dan turun. Jadi ianya takkan duduk dalam satu garisan saja. Tiada hubungan yang takkan diuji dan tiada hubungan yang tidak dilambung badai.
Penerimaan yang tiada kata tidak
Sama ada suami ataupun isteri, nak tak nak bila dah berkahwin, mesti terima pasangan seadanya. Takkan ada manusia yang sempurna baik laki-laki ataupun wanita. Logikkah bila tak pernah buat salah?
Kesempurnaan itu bila kalian berdua saling melengkapi antara satu sama lain, saling menerima buruknya sikap pasangan dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Cukup jadi seorang munafik
Terima teguran dengan hati terbuka, semuanya sudah tentu demi perhubungan yang lebih erat. Apa guna bermasam muka sedangkan diri sendiri sedar tentang kesalahan yang telah dilakukan. Baik suami mahupun isteri.
Jangan jadi egois semata-mata mahu menegakkan benang yang basah. Lidah jarum yang menyucuk lebih tajam bila mana matanya sengaja mencari ruang kesalahan yang tak patut dilubangkan pun.
Sentiasa ada malaikat mencatit
Ambil cermin berdiri dan tenung dalam-dalam dengan hati. Apakah aku ini layak untuk dikatakan seorang manusia yang sempurna, sedangkan hati insan yang aku sayang sentiasa terluka disebabkan kurangnya aku.
Bayangkan. Aku bakal dipertanggungjawabkan satu hari nanti atas segala perlakuan di atas muka bumi. Adakah waktu itu aku sudah sedia ketika mana semua perlakuan di pertontonkan.
Tanpa ada sedikit bahagian pun yang tidak terlepas untuk dinilai? Fikirkan. Renung balik apa yang kita dah buat.
Artikel menarik untuk anda:
Suami kena minta maaf dengan isteri dulu tak kira siapa yang salah
Tak kisah lah siapa salah sekalipun. Kita sebagai lelaki ini mesti kena mulakan minta maaf dulu kalau jadi apa-apa masalah. Jangan kita…... Baca selanjutnya »
Tolong orang betul-betul
Bila kita nak tolong orang, tolong lah betul-betul. Jangan bagi harapan palsu dekat orang tu. Kita tak tau apa yang orang tu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions