Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di Kuala Lumpur malahan hampir di seluruh dunia. Peningkatan kenderaan saban tahun menjadi salah satu punca terbesar yang menyumbang kepada permasalahan ini.
Rata-rata kini ramai yang mampu memiliki kenderaan sendiri disebabkan rakyat tidak perlu lagi membeli kenderaan dengan harga tunai. Boleh dikatakan semua agensi perbankan di seluruh dunia menawarkan skim pinjaman bagi memudahkan orang awam memiliki kenderaan yang sesuai dengan keperluan mereka.
PENGALAMAN
Aku juga salah seorang yang berjaya membeli kenderaan sendiri melalui skim bayaran ansuran pada usia baru berumur 20 tahun. Tanpa perlu membayar deposit dan hanya memerlukan penjamin iaitu ayah aku sendiri, aku sudah memiliki sebuah kenderaan bagi memudahkan urusan ku ke tempat kerja setiap hari.
Memang betul bila kita mempunyai kenderaan sendiri kita lebih mudah untuk bergerak ke mana-mana sahaja yang kita suka. Akses untuk ke satu-satu tempat itu lebih mudah tetapi akibat daripada suasana tersebut, tentunya akan ada pro dan kontra yang kita semua perlu tanggung.
ALTERNATIF
Bagi pandangan aku sendiri, kita takkan mampu untuk menghentikan jumlah peningkatan kenderaan. Jadi, kita perlulah mencari alternatif sendiri bagaimana untuk mengatasi masalah tersekat di dalam lautan lalu lintas yang memang kadang-kala menguji kesabaran dan iman.
Aku sendiri menggunakan pendekatan menunggang motosikal untuk mengelakkan tersangkut di jalan sesak. Ianya sangat-sangat membantu lebih-lebih lagi apabila aku telah lambat untuk ke tempat kerja. Perjalanan 10 minit boleh jadi sehingga 1 jam jika kita tersekat. Jadi dengan menunggang motosikal kita akan ada lebih banyak masa yang boleh diluangkan.
RANCANG SEBAIKNYA
Bagi yang tidak memiliki motosikal, mereka boleh menggunakan pendekatan keluar awal dari rumah. Biasanya corak kesesakan lalu lintas ini kita boleh baca bilakah waktu puncak atau kita panggil ‘peak hour’. Jika kita peka dan dapat disiplin dengan keluar awal ini, tentu kita boleh mengatasi masalah lambat ke tempat kerja.
Apa yang paling penting, setiap kali ingin keluar rumah, rancanglah perjalanan sebaiknya. Perancangan yang teliti pasti akan memudahkan kita dalam berurusan setiap hari. Permulaan pagi akan menentukan bagaimana berlangsungnya aktiviti harian kita pada satu-satu hari.
Sama ada ianya lancar berterusan sehingga ke malam harinya, kita sendiri yang tentukan.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS BELI KERETA
Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak…... Baca selanjutnya »
INGAT SENANG
Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »
IMPIAN MEMBELI RUMAH PERTAMA
Lain orang lain impiannya. Bagi aku, memiliki rumah pertama atas nama sendiri merupakan satu hal yang tak pernah aku jangkakan dalam hidup….... Baca selanjutnya »
JUDILAH LAGI
Perlahan-lahan aku kunyah baki roti yang masih bersisa. Sudah berapa bulan aku tidak makan nasi. Selera makan juga sudah tiada lagi. Kerunsingan…... Baca selanjutnya »
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT
Nasi lemak yang kubeli pagi tadi langsung tak dijamah isteri. Beliau hanya memandang dan terus keluar dari rumah untuk ke tempat kerja….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions