Amalan bersedekah amat dituntut dalam Islam. Kita digalakkan supaya sentiasa membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa kali ini, jika kita melakukan perkara kebaikan dengan ikhlas mengharapkan redha Allah pasti akan diberi pahala yang tinggi nilainya di akhirat kelak.
Bersedekah juga salah satu cara buat kita sentiasa mensyukuri segala rezeki yang telah Allah kurniakan. Jiwa akan menjadi tenang bila sentiasa punya perasaan ingin berkongsi kebaikan bersama orang lain. Sifat dan amalan terpuji sebegini akan membuatkan seseorang individu itu dipandang hormat di mata masyarakat.
MEMBERI ITU AMALAN MULIA
Usai solat Jumaat tadi, aku perhatikan seorang lelaki ini. Gayanya sama seperti jemaah yang lain. Namun apa yang membuatkan aku tertarik adalah bagaimana seorang pemuda ini memberikan not seringgit kepada semua kanak-kanak yang berada berhampiran beliau waktu itu.
Bukan main gembira lagi aku lihat mereka bila diberi layanan yang penuh kasih sayang daripada pemuda tersebut. Setahu aku, kanak-kanak ini kebanyakan daripada rumah anak yatim yang berada berdekatan dengan surau tersebut. Allahu, betapa besarnya pahala bila meraikan anak-anak yatim ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia.
PERISTIWA LALU SEGAR DALAM INGATAN
Aku masih ingat satu peristiwa yang aku sendiri lalui waktu kecil dulu. Situasi yang sama, aku juga pernah diberikan wang syiling emas seringgit oleh seseorang yang tidak aku kenali. Sempat dia berpesan supaya selalu jaga solat dan doakan supaya beliau sentiasa dimurahkan rezeki selalu.
Walaupun cerita ini sudah hampir 23 tahun yang lepas, namun ianya masih segar lagi dalam ingatan aku. Sampai hari ini, bila aku teringatkan tentang abang yang berikan aku duit syiling seringgit tu, pasti aku akan mendoakan kesejahteraan walau dimana beliau berada sama ada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.
SETIAP PERBUATAN PASTI AKAN DIHITUNG
Perbuatan yang baik itu pasti akan dinilai dan dihitung di akhirat kelak. Sekecil-kecil perkara sekalipun, andai ianya dilakukan dengan niat yang baik penuh ikhlas, nescaya akan memberikan kesan dan impak yang sangat mendalam. Bukan sahaja buat diri kita, bahkan sudah tentu buat mereka yang berada disekeliling.
Berlumba-lumbalah dalam melakukan perkara kebaikan. Kita tidak tahu amalan yang mana satu yang akan membawa kita ke syurga Allah SWT kelak. Bukan berapa nilai yang diberi itu menjadi ukuran, namun kesediaan memberi itu sendiri sebenarnya paling utama. Tepuk dada tanyalah iman.
Kelak di negeri yang kekal abadi nanti kita pasti akan ditanya. Rezeki yang telah Allah berikan semasa didunia, pada jalan mana ianya telah belanjakan.
Artikel menarik untuk anda:
PILIHAN ITU ADA DITANGAN
Sering kali ketika ingin membuat keputusan, pastinya kita akan terburu-buru melakukannya. Tapi pernah ke tersedar, bila melakukannya tanpa berfikir panjang, pasti akan…... Baca selanjutnya »
BUKAN DISINI PASTI DISANA
Aku perhatikan kereta yang lalu lalang didepan. Semuanya bergerak dengan laju dan pantas. Betul lah kata orang bila tinggal di bandar…... Baca selanjutnya »
BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG
Anak-anak babah, janganlah sekali-kali kalian mendekatkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan. Nikmat kesihatan yang telah Allah berikan itu sebenarnya…... Baca selanjutnya »
PENYULUH HIDUP
Pagi sampai ke petang aku habiskan masa di kelas. Walaupun hujung minggu, namun aku gagahkan juga meluangkan waktu untuk menimba ilmu pengetahuan….... Baca selanjutnya »
BERANI BERIMPIAN
Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions