Sekali-sekala mesti kita nak belikan mainan untuk anak-anak betul tak? Yelah, siang malam cari duit mesti nak happy kan juga dorang budak-budak itu. Kalau tak belikan rasa macam kesian pula.
Lagi-lagi budak kecil belum tahu apa-apa lagi. Apa yang dorang tahu kerja nak main je. Tapi bukan senang nak belikan mainan dorang ini, sebab ada banyak pilihan yang dijual kat kedai.
Pilih mainan yang sesuai
Aku sendiri kadang pening kepala bila tengok mainan yang terlampau banyak. Sebab itu bila nak beli, aku akan ajak isteri temankan sekali. Percaya atau tak naluri ibu ini tak sama dengan ayah.
Kita lelaki ini kalau boleh nak beli mainan yang besar. Ada pula kadang itu bila beli kita pun boleh main sekali. Sampai ke sudah anak nya tak main. Bapa dia je yang duk pulun syok sendiri dengan mainan itu.
Mainan berkonsepkan pembelajaran
Beza dengan mak-mak ini, bila beli mainan untuk anak-anak, kalau boleh mainan itu mesti yang budak boleh belajar sekali. Bukan setakat boleh main, dalam masa sama boleh educate IQ dengan pemikiran anak.
Ada mainan yang boleh buat anak belajar mengira, ada mainan yang boleh ajar anak macam mana nak kenal huruf. Secara tak langsung minda anak-anak itu berkembang dan boleh berfikir dengan baik.
Belian yang bermanfaat
Senang je kalau nak cari mainan jenis macam ini. Biasanya aku akan pergi kat mana-mana cawangan Toys R Us yang ada kat pasar raya. Harga boleh tengok pada kemampuan dan bajet yang ada.
Pendapat aku sendiri tak salah pun kalau belanja lebih sikit semata-mata nak belikan sesuatu yang bermanfaat untuk anak sendiri. Secara tak langsung pembelian itu akan jadi berbaloi bila boleh bantu daripada segi perkembangan minda anak-anak.
Isteri lebih arif mainan mana yang terbaik
Bila nak beli mainan yang macam ini, pastikan bawa isteri sekali. Mereka memang pandai pilih mainan jenis mana yang sesuai. Kalau boleh, janganlah bawa anak-anak sekali masa pergi.
Kalau tak lain yang nak dicari lain yang dibawa balik. Bila bawak budak ini kadang memang dia dah rambang mata. Apa yang dia berkenan mesti dia nak punya. Kalau kita tak belikan mau berguling dia dalam kedai itu.
Lagi bertambah pening nanti hihi.
Artikel menarik untuk anda:
3 sebab kenapa isteri pun kena beli rumah juga
Rumah sekarang ini memang susah nak beli. Satu sebab harga mahal, lepas itu kalau nak apply loan susah lepas. Yelah rata-rata pendapatan…... Baca selanjutnya »
AKTIVITI MENARIK BERSAMA ANAK-ANAK
Masa aku belum ada anak, aku selalu bayangkan macam mana sebenarnya kehidupan jadi seorang ayah ini. Sama je macam aku masih bujang,…... Baca selanjutnya »
Mana satu nak pilih, antara mainan anak ataupun minyak wangi sendiri?
Kadang kita ini suka beli sesuatu barang itu untuk nak puaskan hati sendiri. Bahasa mudah yang selalu orang guna kira macam nak…... Baca selanjutnya »
APA NAK BUAT KALAU ISTERI MARAH
Aku tahu bro. Aku ini pun laki orang juga. Biasa lah itu kalau isteri kau tetiba merajuk dengan kau dan marah tak…... Baca selanjutnya »
Kalau bukan kita yang jaga kebajikan anak, siapa lagi
Anak-anak ini perlu diberi perhatian yang baik. Mereka ini mudah terdedah dengan bahaya yang kadang kita tak perasan. Sebagai ibu bapa, wajib…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions