AKTIVITI MENARIK BERSAMA ANAK-ANAK

Sukanya-dia

Masa aku belum ada anak, aku selalu bayangkan macam mana sebenarnya kehidupan jadi seorang ayah ini. Sama je macam aku masih bujang, ataupun rutin harian aku akan berubah?

Masa itu aku rasa macam, alaa ada anak ke takde anak sama je rasanya. Bukannya ada beza pun. Boleh je kalau ada kawan-kawan nak ajak lepak sampai lewat malam.

Lain jadinya bila aku betul-betul dah ada anak. Apa yang aku rasa sekarang tak sama langsung dengan apa yang aku imagine dulu. Kehidupan aku boleh kata berubah 360° sejak anak aku yang pertama lahir.

Aku lebih banyak habiskan masa dengan dorang. Bila balik kerja je, aku mesti terus balik rumah dan tak sabar nak tengok dan main dengan dorang.

MANDI DI KOLAM RENANG

Bila ada masa lapang, aku suka bawa dorang pergi mandi kat kolam renang. Ini salah satu aktiviti yang memang aku selalu suka buat. Budak-budak biasalah, pantang jumpa air mesti dorang excited punya.

Bila tengok dorang mandi bergelak ketawa itu aku rasa puas dan bahagia je. Dalam masa yang sama, aku pun boleh join dorang mandi sekali. Hahaha.

Tak semestinya kena bawa pergi Sunway Lagoon ataupun mana-mana taman tema yang lain. Kalau bawa dorang pergi sana lagi bagus tapi dah tentu korang kena keluarkan bajet yang keras sikit lah.

Nak beli tiket dan makanan kat dalam tu nanti. Bawa pergi kolam percuma macam kat taman KLCC tu pun dah okay. Bawa bekal meehun goreng daripada rumah siap-siap lagi jimat.

MAIN DI TAMAN PERMAINAN

Lepas itu, aku suka bawa dorang ni pergi taman permainan. Ada banyak taman permainan yang berbayar ataupun percuma kat area Kuala Lumpur ini.

Kau boleh pilih sama ada nak bawa dorang pegi playground indoor ataupun outdoor. Tengok pada cuaca juga lah. Kalau cuaca cantik kau boleh bawa dorang main kat luar. Contoh macam bawa dorang pergi Taman Tasik Titiwangsa.

Bestnya bila buat aktiviti luar ini, sambil kau main dengan dorang, kau juga boleh sama-sama bersukan dan keluarkan kan peluh. Dah lama kan tak bersenam.

So apa lagi, ni salah satu peluang untuk korang nak bakar semua lemak-lemak tepu yang dah lama bermastautin dalam badan itu. Untung-untung mana tau boleh sado balik macam zaman bujang dulu kan, kikiki.

BERSIAR-SIAR SAMBIL CUCI MATA

Aktiviti yang paling menarik yang aku selalu spend time kan masa aku dengan budak-budak ialah dengan bawa dorang jalan-jalan kat shopping mall.

Aku ini memang jenis suka berjalan. Kalau pergi Mid Valley tu aku boleh spend masa siang sampai malam semata-mata nak berjalan je. Bila dah ada anak aku bawa dorang jalan sekali.

Sambil jalan, sambil window shopping. Lepas itu boleh pergi makan dekat mana-mana restoran yang dorang suka macam Mc Donald ke KFC tengok mak dia nak pergi makan kat mana juga lah, hihi.

Aku suka bawa dorang pergi kedai mainan. Kalau dah pergi mana-mana kedai mainan mesti bawa balik macam-macam jenis mainan. Aku selalu suruh dorang pilih sendiri je, senang.

KENANGAN TERINDAH

Ini antara aktiviti yang aku selalu buat dengan anak-anak aku. Ada banyak lagi yang boleh korang buat.

Bajet besar boleh je bawa anak-anak korang bercuti dalam ataupun luar negara. Biasanya kalau pergi bercuti ini dorang akan lebih ingat moment tu sampai besar.

Paling penting sebenarnya, kau kena lah selalu luangkan masa dengan dorang. Aku tau zaman sekarang ini banyak ibu bapa yang selalu sibuk sampaikan anak-anak terabai tapi itu tak boleh jadikan alasan untuk kau takde waktu langsung.

Zaman dorang kecik ini datang sekali je, lepas ini takkan boleh ubah dah. So, ciptalah lagi banyak memori indah supaya besar nanti dorang belajar menghargai pentingnya luangkan masa bersama keluarga.

Andai dorang masa itu sibuk sampai kan kita yang dah tua ini dorang abaikan. Sedih kalau jadi macam itu. Hm…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge