Aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah

father reads a story to his children

Semenjak duduk di rumah lebih sebulan, banyak aktiviti yang saya dan anak-anak lakukan bersama-sama untuk mengisi masa lapang di kala kami semua tak boleh keluar ke mana-mana. Ada sesuatu yang menarik bagi saya dengan semua aktiviti ini.

Salah satunya ialah saya dapat eratkan lagi hubungan dan lebih kenal anak-anak saya berbanding sebelum ini sibuk dengan menguruskan pekerjaan di pejabat. Walaupun sudah tamat perintah kawalan pergerakan nanti, namun aktiviti ini tentu saya akan teruskan bagi mengisi masa lapang.

keluarga bahagia

Berkhemah di dalam rumah

Rupa-rupanya walaupun di rumah kita masih boleh lakukan aktiviti berkhemah walaupun tidak berada di hutan atau mana-mana tapak perkhemahan. Sudah tentu aktiviti ini sesuatu yang menarik dan memberikan pengalaman berbeza walapun di rumah sendiri.

Saya dan anak-anak kadang kami tidur bersama di dalam khemah tersebut yang kami letakkan di ruangan tamu. Anak-anak sangat seronok dan mereka gembira bermain di dalamnnya. Saya juga letakkan lampu bateri yang kecil di dalam khemah supaya lebih menarik di waktu malam.

pengalaman berbeza walaupun di dalam rumah

Membantu menyiapkan juadah makan

Saya ajar anak-anak bagaimana untuk menyiapkan juadah makanan setiap hari. Ini juga salah satu aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama dengan mereka. Lebih-lebih lagi si adik, sangat pandai dan teruja mengupas bawang walaupun matanya pedih dan berair.

Abang pula macam biasa, lebih suka bermain daripada mahu menolong. Habis bahan-bahan memasak disepahkan, tepung berselerak. Namun kami semua seronok bersama-sama melakukan aktiviti ini di ruangan dapur. Meriah dengan gelak ketawa.

melatih anak-anak supaya bekerjasama

Menonton siaran pelajaran di komputer riba

Aktiviti ini mungkin salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran anak-anak sekarang. Sepanjang duduk dirumah, banyak masa dihabiskan menemani mereka menonton siaran pelajaran di internet yang sesuai untuk tatapan kanak-kanak.

Bagi aktiviti ini, ibu bapa semestinya perlu sentiasa bersama dengan mereka supaya dapat memantau apa yang menjadi tontonan mereka. Kami sekeluarga gembira bila dapat duduk bersama menonton rancangan kanak-kanak dengan hanya mencari tajuk cerita yang sesuai di bahagian carian.

bersama-sama menonton sambil belajar

Anak yang hebat bermula daripada keluarga bahagia

Pastinya apa yang berlaku hari ini akan dijadikan memori yang indah ketika mana mereka sudah semakin besar nanti. Ibu bapa seharusnya sentiasa ada bersama dengan anak-anak tidak kira sesibuk manapun urusan di luar rumah.

Apa yang berlaku di tempat kerja sepatutnya tidak dibawa balik ke rumah bersama. Barulah perhubungan di antara ibu bapa dengan anak-anak akan lebih mesra dan memberikan kasih sayang yang berpanjangan. Anak-anak yang baik bermula daripada ibu bapa yang baik.

Tanggungjawab kita mencorakkannya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge