Pertama kali memandang wajah anak-anak setelah sebulan tidak berjumpa memang terasa begitu gembira tidak terkata. Kerinduan yang menyelubungi diri seakan begitu menggamit suasana syahdu tatkala aku menjemput mereka di lapangan terbang. Hanya yang pernah mengalami pasti merasai perasaan yang sungguh luar biasa ini.
Walaupun agak sedikit lewat sampai kerana ada urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, namun aku sedaya upaya tidak mahu mereka menunggu terlalu lama. Aku pada mulanya cuba untuk melakukan kejutan saat mereka sedang menantikan ketibaan aku di tepi jalan dengan harapan pasti mereka akan terperanjat.
KERINDUAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA
Mereka sedang khayal bermain sesama sendiri namun pabila terdengar nama mereka dipanggil, kedua-duanya menoleh seraya menjerit ‘Babah’. Berlari mereka sama-sama bersaing mendapatkan ku yang memang sudah duduk bertinggung mahu memeluk mereka. Aku diterpa dan didakap erat oleh abang dan adik.
Pipi yang berminyak kerana berpeluh disebabkan aitiviti siang tadi yang penuh padat, mereka cium berulang-ulang kali tanpa jemu. Mereka juga turut merasakan kerinduan yang teramat sangat seperti mana aku juga rasakan. Walaupun masih kecil, namun apabila sudah lama tidak berjumpa mereka juga berasa teruja.
SETIAP TINGKAT PERJALANAN
Cabaran buat mereka yang memang terpaksa bertugas, meninggalkan keluarga berbulan-bulan semata-mata mahu memperjuangkan ekomomi keluarga buat aku rasa kagum. Aku yakin satu saat dalam hidup mereka pasti akan memikirkan jalan yang terbaik untuk kehidupan keluarga yang lebih harmoni.
Bagi mereka wang bukanlah segala-galanya lagi, apa yang penting adalah masa bersama keluarga tercinta yang paling diharap-harapkan. Melihat anak membesar didepan mata sendiri merupakan salah satu nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Semua orang berharap diberi peluang yang sama.
BUKAKAN PINTU HATI
Aku bersyukur dengan peluang kerjaya yang telah dikurniakan kini. Walau sesibuk mana pun aku sedang bertugas di lapangan, aku masih lagi boleh pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama meraka. Jika ada sebarang kecemasan yang tidak dapat dielakkan, aku tidak perlu meminta izin kepada sesiapa untuk bercuti.
Kelebihan berada dalam bidang jualan memberikan aku waktu yang fleksibel yang aku sendiri tentukan dan aku boleh susun jadual mengikut masa dikehendaki. Peluang yang ada dalam bidang yang aku ceburi ini takkan pernah aku sia-siakan kerana semua perkara yang berlaku atas tanggungjawab diri sendiri.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin.
Artikel menarik untuk anda:
KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING
Naik turun, jatuh bangun selama 12 tahun sebagai seorang tukang gunting rambut berkaliber tentunya membuatkan nama Pedo disebut-sebut selalu oleh pelanggannya. Jenis…... Baca selanjutnya »
TAHNIAH HM AMIT
” Aku tak boleh buat Mitt. Bukan bidang aku ini nak jual penapis air dengan penapis udara bagai. Aku tak reti nak…... Baca selanjutnya »
ANTARA KAU DAN AKU
Kejayaan bukan datang sekelip mata. Sentiasa ada masalah yang harus diatasi. Harus gagal berkali-kali barulah kau akan jumpa cara penyelasaiannya. Setiap kali…... Baca selanjutnya »
HENTIKAN PENYEBARAN CERITA PALSU
Janganlah sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara yang belum tentu kesahihannya kerana secara tidak langsung jika perkara yang disebarkan itu tidak benar, pasti akan…... Baca selanjutnya »
AKU JUGA SAMA
Aku pada tahun 2016. Aku rasakan hidup ketika ini sangat mencabar. Selang beberapa tahun sahaja selepas baru berkahwin dengan isteri. Allah izinkan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions