Aku turun satu persatu anak tangga yang berada didalam kapal. Sungguh aku tidak menyangka bahawa akhirnya aku akan belayar di dalam sebuah kapal yang sangat besar, cantik dan mewah. Jika dahulu untuk melihat kapal sebegini besar mungkin hanya boleh di dalam filen sahaja.
Kini aku boleh merasai sendiri pengalaman yang begitu menakjubkan ini. Perjalanan selama 4 hari 3 malam ini tentunya akan menjadi sesuatu yang sangat indah untuk di kenang. Melihat sendiri kecanggihan yang ada di dalam kapal ini, mungkin tidak pernah dibayangkan oleh siapa-siapa sahaja satu ketika dulu.
KAGUM DAN HEBAT
Bayangkan ada berbelas-belas tingkat di dalamnya. Diberi masa satu hari pun belum tentu boleh meneroka seluruh isi kapal ini. Terdapat pusat beli belah yang sangat mewah dan ada pawagam yang disediakan khas untuk para penumpang kapal.
Ibarat berada di atas daratan, langsung tidak merasakan seperti berada di atas laut. Suasana juga sungguh meriah kerana rata-rata penumpang datang dari pelbagai negara di seluruh dunia. Waktu inilah boleh berkenal-kenalan di samping mengenali budaya dan tradisi asal meraka yang lain. Mereka sangat peramah dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
MENYELERAKAN
Makanan yang terdapat disini juga sungguh sedap dan menyelerakan. Pelbagai hidangan masakan yang boleh dicuba. Makanan laut nya juga sungguh segar dan sungguh enak. Rugi jika tak cuba dan rasakan sendiri kenikmatannya.
Memang aku tak pernah rasa masakan yang sebegini sedap di atas daratan. Pasti tukang masak yang ditugaskan berada di dalam kapal ini bukan calang-calang orangnya. Berada di bahagian atas kapal pasti memberikan satu pemandangan yang sungguh menakjubkan.
PEMANDANGAN
Ada kolam renang siap dengan gelungsur air yang pastinya akan membuat anak-anak berasa seronok, riang dan gembira. Juga terdapat jakuzi bagi mereka yang ingin merehatkan minda dan memberi kelegaan pada tubuh.
Melihat kebiruan air laut yang begitu menenangkan pasti membuatkan diri terasa lupa seketika dengan masalah yang dihadapi. Begitulah indahnya ciptaan Tuhan jika kita bijak menilai dan menghargai alam yang terbentang luas ini.
SATU HARI NANTI
Pengalaman yang aku rasakan pasti akan menjadi kenangan yang terindah seumur hidup. Jika diberi peluang untuk menaiki kapal mewah sebegini lagi pasti aku tidak akany menolak. Satu hari nanti, aku ingin membawa seluruh ahli keluarga untuk bersama-sama melayari bahtera hebat yang moden dan sangat besar ini.
Aku sangat pasti mereka akan kagum dengan kehebatan yang ada pada kapal ini. Semoga cita-citaku akan termakbul.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS BELI KERETA
Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak…... Baca selanjutnya »
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
SEMANGAT JITU
Melihatkan wajah anak-anak, sentiasa buatkan aku berazam bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik demi mereka. Sejak dari mereka lahir, hinggalah mereka membesar seperti…... Baca selanjutnya »
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions