AKU SABRIJATI

Nama aku Sabrijati bin Jalil. Biasanya orang panggil aku Sabri. Asal memang dilahirkan di Kuala Lumpur. Membesar di Cheras. Belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia sahaja, tapi aku punya cita-cita yang tinggi.

Mahu menjadi seorang yang boleh memberi nilai tambah dalam kehidupan orang lain. Dalam masa yang sama mengharapkan kehidupan aku juga boleh berubah menjadi lebih baik.

Kerjaya aku bermula seawal umur 18 tahun lagi. Aku memang dibesarkan dalam keluarga yang berniaga. Bapaku seorang peniaga hebat yang menjual pakaian terpakai.

Aku diberikan peluang oleh beliau mempelajari apa itu erti kebergantungan dan pengharapan penuh pada Yang Maha Esa pada usia yang masih mentah.

Saat mengambil alih perniagaan beliau, perjalanan karier aku tidaklah seperti yang aku sangkakan. Bukan mudah sebenarnya mahu menguruskan walau sekecil-kecil perniagaan.

Ada banyak perkara yang menjadi penyebab untuk aku berputus asa. Namun aku tidak punya pilihan, peluang untuk meneroka kerjaya yang aku rasakan lebih mantap agak sukar.

Mungkin kerana keyakinan diri yang kurang, ditambah pula dengan pengalaman pengajian yang tidak seberapa aku memilih untuk mendiamkan diri dan terus berada di dalam tempurung aku sendiri.

Hampir sepuluh tahun, aku mengalami fasa naik dan turun. Ada kala timbul ada kala tenggelam.

Berkahwin pada 2014 dengan pilihan hati yang aku sayangi, dikurniakan dua cahaya mata putera yang menjadi penyeri dalam kehidupan kami, buatkan aku belajar apa itu erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

Satu persatu dugaan dan cabaran datang. Walau cuba berhadapan, ianya menerajang dari belakang. Cuba mahu mengelak ke kiri, namun ditendang ke kanan.

Hinggalah saat aku diselamatkan oleh sahabat baikku, yang cuba menarik aku kembali di saat aku sudah hampir hilang arah dan pedoman. Buntu tidak tahu mahu kemana lagi.

Aku bagaikan diberi peluang kedua apabila ditawarkan untuk bersama-sama beliau membina pasukan dalam bidang kejurujualan yang lebih kukuh dan sistematik.

Aku kosongkan gelas semula, belajar mula dari bawah, merangkak bertatih mempelajari pelbagai asas perniagaan. Syukur platform di mana aku berada sekarang, memberikan aku ruang dan peluang untuk aku tonjolkan bakat dan potensi diri yang terpendam yang sebelum ini aku tidak pernah perasan ianya wujud.

Awal permulaan itu tidaklah semuanya mudah. Namun aku percaya pada proses. Andai hari ini tidak menjadi, insha Allah pasti suatu hari aku boleh melakukan.

Syukur alhamdulillah. Setelah hampir 8 bulan pada ketika itu aku berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya aku berjaya memiliki rumah pertama aku sendiri yang aku idam-idamkan selama ini. Syukur alhamdulillah.

Saat ketika mana aku diberitakan layak menerima pinjaman dan diluluskan oleh pihak bank, aku rasakan bagai mahu menangis kegembiraan.

Hilang segala penat lelah yang aku usahakan sejak dari tahun 2008 lagi yang mana setiap masa aku hanya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang aku boleh besarkan anak-anak aku dalam suasana yang harmoni.

Aku tahu ramai di luar sana yang mengimpikan mahu membeli rumah pertama. Aku juga pernah berada di tempat kalian berada ketika ini. Hanya membayangkan dan berimaginasi apakah mungkin ianya boleh menjadi realiti.

Dengan keadaan kekangan ekonomi yang kian merudum sekarang, mahu atau tidak mahu terpaksa juga keluar daripada zon selesa yang diduduki sekarang walhal ianya tidak lah seselesa manapun sebenarnya.

Aku buktikan bahawasanya jika orang seperti aku ini bisa untuk memiliki rumah pertama aku sendiri, bermakna kalian juga mampu untuk melakukan perkara yang sedemikian. Ianya tidak mustahil jika berada di platform yang betul.

Dan sememangnya aku mencari lebih ramai lagi rakan-rakan dalam perniagaan yang aku ceburi ketika ini untuk bersama-sama dengan aku membina empayar kita bersama. Andai tidak tahu apa yang harus dilakukan, tidak mengapa.

Aku akan sentiasa ada bersama-sama dengan kalian. Insha Allah dengan sedaya yang mampu, aku berikan sepenuh perhatian agar dapat sama-sama mencapai kejayaan yang kita impikan sejak daripada dahulu lagi.

Mudah-mudahan, moga kita boleh bersama-sama meneroka lebih banyak lagi peluang perniagaan yang ada di hadapan mata. Dalam masa yang sama, dapat memberi lebih nilai tambah demi keluarga dan orang yang kita sayang amin ya rabbal aalamin.

Sabrijati,
22 November 2019
1.45 a.m.