Aku sendiri disini tanpa kau disisi

setiap-apa-yang-pernah-berlaku

Honey, kita baru je balik dari bercuti dekat Hawaii. Seronok betul percutian kita haritu kan. Mungkin dah banyak kali kita bercuti kat luar negara sebelum ini.

Tapi percutian kali ini I akan ingat sampai bila-bila. Setiap momen yang berlaku masa tu akan jadi sejarah terindah dalam kehidupan I.

Honey, you nampak happy sangat. I tengok you betul-betul enjoy. I tau selama ini you dah banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk kebahagiaan kita sekeluarga.

Menilai hanya daripada segi luaran

I dapat rasakan bila mana kita pergi bercuti, you memang nak release habis segala penat lelah bekerja siang dan malam. Orang luar tak pernah nak ambil tahu.

Bagi mereka, bila mana jadi seorang yang dikenali ramai ini, orang merasakan kehidupan kita sentiasa bahagia macam langsung takde masalah. Enjoy je.

Disebalik tu takde siapa pun yang nak ambil kisah, apatah lagi nak ambil peduli apa kesusahan yang kita lalui setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat.

Tak cuba untuk selami dan memahami

Macam mana strugglenya hidup untuk nak puaskan hati ramai orang dalam satu masa. Orang tak pernah terfikir pun kita ni manusia biasa juga sama macam yang lain.

Entah kenapa orang sampai sanggup menghina dan mencaci maki tanpa tahu asal usul cerita. Pokok pangkal di mana mulanya. Langsung takde orang yang nak kisah.

Sibuk menghentam sedangkan tak pernah nak tengok kesalahan diri sendiri. Kata-kata kesat yang terkeluar daripada mulut macam satu ubat mujarab bagi dorang.

Lebih mudah menghentam tanpa sebab yang pasti

Untuk nak melampiaskan nafsu amarah yang entah kenapa dipertikaikan sangat. Langsung tak bagi ruang untuk kita nak perbaiki segala kekurangan diri.

Buatkan hati lagi bertambah sakit ada lah. Buatkan perasaan geram tu lagi bertambah-tambah. Entahlah. I rasa sedih sangat dengan apa yang dah terjadi.

Tapi you honey, I memang sangat respect dengan setiap cara you handle semua situation yang terjadi. Walau apapun yang berlaku, you sentiasa tenang dan tak terus melatah.

Ketenangan yang diluar pemikiran dan logik akal

You sabar layan karenah satu persatu manusia yang hentam you tak tentu pasal. That’s why saya dapat rasakan yang Tuhan betul-betul sayangkan you.

Dan ambil you daripada I dikala I sendiri masih belum bersedia nak jalani hidup tanpa you kat sebelah I. I buntu honey, tak tau nak buat apa lagi.

Apa yang I nak bagitau dekat anak kita bila dia tanya mana papa? Mana papa? Allahu! Beratnya rasa hati I nak menanggung rindu yang tak berpenghujung ini honey.

Damailah disana selama-lamanya

Honey, I dah sempurnakan perjalanan terakhir you ke alam yang kekal abadi. Berehat lah dengan tenang sayangku. You kekal selamat sentiasa dalam jagaan Dia.

Selagi I bernyawa, I akan pastikan yang terbaik dan berikan pendidikan yang terhebat untuk anak kita. Menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa nya.

Sampai masa nanti, I juga akan menyusul you honey. Kembali pulang ke negeri akhirat yang kekal abadi. Berjumpa lagi kita dalam kehidupan yang lain. Always love you, now and forever.

Al-fatihah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge